Friday, February 26, 2016

Zizan Razak Mengaku Tengok Wayang Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof

Pelakon dan pengacara Zizan Razak mengakui yang dia pernah keluar menonton wayang bersama bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Syanty Harun.


Zizan Razak Mengaku Tengok Wayang Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof

“Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua. Saya ditemani dengan keluarga saya, begitu juga dengan dia. Hubungan yang terjalin antara saya dan dia hanya sekadar teman sahaja," kata Zizan kepada Astro Gempak.

Menjelaskan yang hubungan mereka tidak serius, Zizan menjelaskan yang dia enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar.

“Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ianya berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara ini. Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem Bikers Kental 2.

Bakal memulakan penggambaran pada 12 Mac ini, Zizan teruja untuk kembali ke set Bikers Kental kerana kecintaannya kepada aktiviti permotoran.

“Saya memang aktif dalam bidang permotoran semenjak dulu lagi. Habis sahaja sekolah, saya sudah memiliki lesen untujk menunggang motor besar. Saya sendiri tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem ini dan melakukan aksi-aksi stunt sendiri,” katanya.

Filem Bikers Kental 2 bakal menjalani penggambaran selama 35 hari. Selain Zizan, filem arahan pengarah Helmi Yusof ini turut menampilkan Awie, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi. Bikers Kental 2 juga akan menampilkan beberapa orang pelakon dari negara Thailand.-astrogempak

'OlaBola' Catat Angka Baharu, Kutip RM14.5 Juta

Filem OlaBola terbitan Astro Shaw memasuki fasa baharu apabila mencatatkan jumlah kutipan melebihi RM14.5 juta dalam masa empat minggu tayangan.


'OlaBola' Catat Angka Baharu, Kutip RM14.5 Juta

Berita itu diumumkan oleh pihak Astro Shaw menerusi laman sosial rasmi di Instagram pada Jumaat.

OlaBola yang ditayangkan bermula 28 Januari lalu menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Ia ditayangkan di lebih 120 pawagam termasuk Brunei.

Filem berkenaan mengambil inspirasi daripada kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Tahun lalu, filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak mencatatkan kutipan mengejutkuan iaitu RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).-mstar

Thursday, February 25, 2016

Anak Pelakon Popular Kongsi Gambar Cium Tepi Pantai

Seorang model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini.
Anak Pelakon Popular Kongsi Gambar Cium Tepi Pantai


Untuk pengetahuan, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.

Anak Pelakon Popular Kongsi Gambar Cium Tepi Pantai

Ahya memulakan kerjaya modelling sejak 2008 selepas memenangi pertandingan Male Model Search 2008.

Mungkin gambar yang dikongsikan Ahya itu atas tujuan komersil memandangkan dia seorang model namun sebagai orang Melayu yang punyai adat dan budaya penuh sopan, gambar ini boleh mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut industri hiburan tempatan, apatah lagi dia merupakan anak kepada seniwati yang dihormati. –mynewshub

Fathia Latiff Nekad Berhijab?

Sudah tergerak hati untuk memakai hijab ketika menjalani penggambaran di luar negara lagi, Fathia Latiff melalui BH Online menjelaskan bahawa dia kini sedang berusaha mencari kekuatan untuk memakai hijab sepenuhnya.

Fathia Latiff Nekad Berhijab?


“Alhamdulillah, Allah memberikan hidayah kepada saya untuk belajar perlahan-lahan memakai tudung. Jika diikutkan, sejak menjalani penggambaran di luar negara lagi saya mencuba berhijab”

“Cuma saya meminta ruang kepada semua pihak untuk memberikan saya masa membetulkan tingkah-laku dan sekali gus menetapkan hati andai kata saya membuat keputusan untuk bertudung”

“Bagi saya, ia adalah langkah yang besar dan saya tidak mahu memperlekehkan sebarang penghijrahan yang dibuat. Saya mahu istiqamah dengan keputusan bertudung setelah memilih jalan untuk berhijrah,” jelasnya.-rotikaya

Fathia Latiff Nekad Berhijab?

Fathia Latiff Nekad Berhijab?

Fathia Latiff Nekad Berhijab?

Syarul Ridzwan Kembali Tukar Nama Asal

Jika sebelum ini, tuan badan memilih nama Syarul Ridzwan untuk tujuan komersial, namun kini pelakon tersebut kembali menggunakan nama sebenarnya, Saharul Ridzwan, setelah menerima teguran daripada ustaz.

Syarul Ridzwan Kembali Tukar Nama Asal


“Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja”

“Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya,” jelasnya kepada BH Online.

Semoga setelah bertukar nama asal ini kehidupan Saharul akan sentiasa dilimpahi rezeki. Rata-rata peminat pun tidak berapa kisah sangat asalkan perkara tersebut membawa kebaikan kepada pelakon tersebut.-rotikaya

Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang

Pelakon baharu iaitu Putri Najuwa memberitahu tindakan Julia Ziegler menyerangnya menerusi laman sosial adalah satu cara yang kurang bijak dan tidak matang.


Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang


Putri Najwa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa, 30, berkata, dia enggan melayan aktres tersebut berikutan mahu mengelak hal peribadi menjadi bahan diperkatakan umum.
"Saya malas nak layan mesej dan dia sering telefon saya untuk bertanyakan tentang perkara yang saya sendiri tiada jawapannya. Dia tahu saya tidak salah dalam perkara tersebut tapi dia desak saya untuk bercakap.

"Saya tahu dia sedang marah dan emosi, namun tindakannya menyerang saya di laman Instagram bukanlah tindakan yang matang kerana ia hanya mendedahkan perkara ini kepada umum," ujarnya kepada mStar Online.

Putri Najuwa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan aktres Julia Ziegler yang masih menulis kata-kata ugutan di foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Malah Julia, pada Ahad lalu menerusi program hiburan Melodi telah tampil memberi penjelasan dan mendakwa Putri Najuwa hanya melarikan diri daripada bersemuka dengannya.


Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang


Dalam pada itu, Putri Najuwa berkata, perkara tersebut adalah berkaitan hal peribadi yang tidak sesuai untuk didedahkan kepada umum.
"Dia tidak malu ke kalau orang lain tahu tentang hal peribadi ini. Saya rasa orang luar akan anggap kami seperti budak sekolah jika bergaduh tentang lelaki.

"Sebab itu saya diam dan malas mahu layan, apa jawapan yang dia mahu itu boleh bertanya sendiri kepada pihak satu lagi. Dia tahu saya tidak bersalah dalam hal ini dan saya juga tidak pernah salahkan dia bertindak demikian kerana tahap marah seseorang ada batasan," ujarnya.

Bagaimanapun, Putri Najuwa meminta agar aktres tersebut juga tidak melibatkan keluarganya dalam hal berkenaan.
"Dia ada tinggal komen yang kononnya mengenali bapa saya, saya akui dia kenal bapa saya tapi tidaklah baik seperti dia mengetahui keseluruhan keluarga saya," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Putri Najuwa berkata, dia baharu sahaja selesai penggambaran drama Dawai Asmara yang bakal ditayangkan di slot Azalea di TV9.-mstar

Peminat Nak Tampar Scha Sebab Kuat Merajuk?

Peminat drama bersiri Isteri vs Tunang naik gila apabila watak Alana yang dilakonkan oleh aktres Scha Alyahya semakin kerap merajuk.


Peminat Nak Tampar Scha Sebab Kuat Merajuk?


Perkara itu diakui oleh penonton drama bersiri tersebut melalui ruangan komen menerusi beberapa foto yang dimuat naik oleh Scha di akaun Instagramnya.

Ada sahaja aduan menyatakan tidak puas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Alana kerana kerap  merajuk apabila bersama suaminya Zaim Azfar (Hisyam Hamid).

Tidak cukup dengan itu, Instagram Hisyam Hamid juga turut diserang peminat  yang mahu  meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Alana.

Antara komen yang diberikan ialah:







"Eh geram pulak kita dengan Alana ni, rasa nak lempang! Sikit-sikit merajuk!"

"Seorang lagi tak faham kenapa Alana tu duk merajuk manjang! Senang citer semua salah! Tampa nak?" tulis peminat tersebut.

Seakan memahami perasaan peminat drama tersebut, Hisyam telah memuat naik satu foto dengan kapsyen:
“So, salah siapa pula sekarang ni? #teamalana ke #teamzaim ? EPISOD TERAKHIR malam nanti @schaalyahya #isterivstunang #zaimazfar #alanasofea #tempe #hisyamelters #hisyamhamid,” tulisnya.

Jadi kepada peminat yang ingin mengetahui bagaimana pengakhiran kisah cinta Alana dan Zaim Azfar,  saksikan episod akhir Isteri vs Tunang yang bersiaran hari ini pada jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 135).-astrogempak

Pekin Ibrahim Bakal Kahwin Tahun Ini

Pelakon filem Mat Moto, Pekin Ibrahim meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.


Pekin Ibrahim Bakal Kahwin Tahun Ini


Pemilik nama penuh Mohd Iznan Ibrahim, 35, sentiasa bersedia untuk memenuhi tuntuntan sebagai seorang suami.
"Saya ada perancangan untuk tamatkan zaman bujang tahun 2016. Kehendak itu ada tetapi saya masih belum berjumpa jodoh lagi. Saya mengakui yang saya ada mengenali dan berkawan dengan beberapa orang wanita tetapi semuanya masih belum di tahap serius.

"Namun begitu, saya selalu bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Jika saya berjumpa gadis pilihan saya kelak, tanpa membuang masa saya akan terus berkahwin dengannya," kata Pekin yang ditemui di majlis tayangan dokumentari The Rejection di Kafe Skrin, Hulu Klang.

Dokumentari The Rejection merupakan sebuah projek corporate social responsibility yang terkandung dalam subjek Pembangunan Masyarakat 1 melalui model kursus Ijazah Sarjana Muda Industri Kreatif yang diperkenalkan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM).

Diarahkan oleh Pekin, dokumentari ini turut melibatkan penggiat-penggiat seni seperti penyanyi, pelakon, pengarah, komposer, pegawai perhubungan awam dan juruaudio yang sedang melanjutkan pelajaran di UUM.
"Dokumentari ini berkisarkan mengenai isu kewujudan gelandangan sub-culture punk di Kuala Lumpur. Perkara ini dikupas menerusi The Rejection dan dipersembahkan sebagai tugasan akhir subjek tersebut.



"Saya mahu menghasilkan sesuatu yang dekat dengan diri saya dan rakan-rakan yang lain. Setelah melakukan perbincangan, mereka bersetuju dan kami mengangkat tema gelandangan sub-culture punk yang agak jarang dipaparkan di khalayak ramai," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pekin sedang dalam proses pra-produksi bagi filem sekuel Mat Moto. Pekin juga membintangi filem arahan Syamsul Yusof, Munafik yang sedang ditayangkan di pawagam.-astrogempak

Wednesday, February 24, 2016

Siti Nordiana Bercinta Dengan Pengurus Sendiri?

Tersedak air kopi Miss K mendengar berita yang disampaikan oleh rakan Miss K, mengenai penyanyi Siti Nordiana.


Siti Nordiana Bercinta Dengan Pengurus Sendiri?


Menurut rakan Mis K itu, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan pengurusnya sendiri.

Oh...patutlah sebelum ini Nana nampak gembira dan berseri, rupa-rupanya sedang dilamun cinta.

Untuk menguatkan berita yang disampaikan, rakan Miss K telah menunjukkan foto Nana bersama pengurusnya itu.

Amboi, kacak juga pengurusnya siap ada lesung pipit lagi. Kalau macam ni Miss K pun boleh terpikat.

Khabarnya hubugan Nana dengan pengurusnya ini bukanlah baru tetapi sudah bertahun-tahun lamanya.

Alah Nana, kalau betul kamu bercinta tak salah rasanya kalau peminat tahu betul tak? Miss K pasti ramai yang suka hihihi.-astrogempak