Thursday, February 25, 2016

Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang

Pelakon baharu iaitu Putri Najuwa memberitahu tindakan Julia Ziegler menyerangnya menerusi laman sosial adalah satu cara yang kurang bijak dan tidak matang.


Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang


Putri Najwa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa, 30, berkata, dia enggan melayan aktres tersebut berikutan mahu mengelak hal peribadi menjadi bahan diperkatakan umum.
"Saya malas nak layan mesej dan dia sering telefon saya untuk bertanyakan tentang perkara yang saya sendiri tiada jawapannya. Dia tahu saya tidak salah dalam perkara tersebut tapi dia desak saya untuk bercakap.

"Saya tahu dia sedang marah dan emosi, namun tindakannya menyerang saya di laman Instagram bukanlah tindakan yang matang kerana ia hanya mendedahkan perkara ini kepada umum," ujarnya kepada mStar Online.

Putri Najuwa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan aktres Julia Ziegler yang masih menulis kata-kata ugutan di foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Malah Julia, pada Ahad lalu menerusi program hiburan Melodi telah tampil memberi penjelasan dan mendakwa Putri Najuwa hanya melarikan diri daripada bersemuka dengannya.


Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang


Dalam pada itu, Putri Najuwa berkata, perkara tersebut adalah berkaitan hal peribadi yang tidak sesuai untuk didedahkan kepada umum.
"Dia tidak malu ke kalau orang lain tahu tentang hal peribadi ini. Saya rasa orang luar akan anggap kami seperti budak sekolah jika bergaduh tentang lelaki.

"Sebab itu saya diam dan malas mahu layan, apa jawapan yang dia mahu itu boleh bertanya sendiri kepada pihak satu lagi. Dia tahu saya tidak bersalah dalam hal ini dan saya juga tidak pernah salahkan dia bertindak demikian kerana tahap marah seseorang ada batasan," ujarnya.

Bagaimanapun, Putri Najuwa meminta agar aktres tersebut juga tidak melibatkan keluarganya dalam hal berkenaan.
"Dia ada tinggal komen yang kononnya mengenali bapa saya, saya akui dia kenal bapa saya tapi tidaklah baik seperti dia mengetahui keseluruhan keluarga saya," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Putri Najuwa berkata, dia baharu sahaja selesai penggambaran drama Dawai Asmara yang bakal ditayangkan di slot Azalea di TV9.-mstar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →