Penyanyi Forteen, Ariz akui rimas dan cukup tertekan apabila diganggu oleh wanita misteri yang mengganggu hidupnya dan amat menakutkan.
Wanita terbabit dikatakan sering menggangu Ariz menerusi laman sosial dan memberi komen yang menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.
“Saya pun pelik dan terkejut, wanita yang sama juga pernah menghubungi saya tetapi bila bercakap di talian dia diam dan tak bercakap apa-apa.
“Kehidupan saya ini diganggu berlarutan hampir 3 tahun, sehinggalah sampai satu tahap saya buat tak tahu, dia mesej saya yang berbunyi ‘kalau aku jumpa kau di luar, aku ludah muka ko’”, ujar Ariz kepada portal Murai.com.my
Ariz yang ditemui media di Majlis Berbuka Puasa Bersama KRU Music di Cyberjaya turut menyifatkan wanita itu sangat psiko dan amat tidak wajar bersikap demikian.
“Saya pun tak tahu kenapa, saya ni baik hati sangat tak buat laporan polis mengenai kes ini, sebelum ini kalau dia tak puas hati ganggu saya, dia akan ganggu ahli forteen yang lain.
“Orang yang sama juga akan komen dekat Instagram Amir dan Wan cakap yang bukan-bukan, saya agak trauma tetapi inilah harga yang saya perlu bayar untuk bergelar selebriti, sabar sahajalah yang mampu saya buat,” katanya mengakhiri bicara. - murai