Rasanya semua sedia maklum pelawak Jihan Muse sebelum ini pernah berkunjung ke negara Matahari Terbit bagi sesi penggambaran ‘Jejak Jepun’ sebelum ini memandangkan beberapa gambar yang dikongsikannya di laman Instagram.
Disebalik keriangan dan keseronokannya berada di sana selama 17 hari, rupa-rupanya ada kisah yang membuatkan hati kecilnya menangis. Kenapa pula Jihan Muse nak menangis?
“Saya tidak mampu untuk melupakan kenangan sewaktu pergi ke Hiroshima yang terkenal dengan sejarah pengebomannya suatu ketika dulu. Daripada menjalani hari-hari yang menggembirakan, saya menangis apabila didedahkan dengan keadaan dan situasi penduduk sekitarnya ketika berlaku pengeboman tersebut.
“Saya juga terharu melihat usaha mereka membangunkan kota Hiroshima daripada sebuah daerah padang jarak padang tekukur menjadi sebuah bandar yang maju. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang berada di Jepun,” ujar Jihan yang dipetik menerusi Media Hiburan.
Banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjelajah tempat di negara Jepun itu. Kalau nak tahu ke mana si Jihan ni telah ronda di kota Jepun, jangan lupa saksikan rancangan ‘Jejak Jepun’ yang akan ditayangkan pada bulan Ogos ini di saluran Astro, tunggu! - gosipmalaysia