Nampkanya, bukan Harith Iskander seorang sahaja yang baru menyedari gambar anaknya disiarkan di laman web luca# malah Tomok juga baru sahaja menyedarinya lewat malam semalam.
“Niat saya baik, kongsi gambar keluarga adalah untuk peminat rasa dekat dengan diri saya, tetapi apabila kes ini berlaku, saya agak sukar untuk memaafkan tindakan mereka yang telibat,” ujarnya.
Lebih baik korang pun periksa samada foto anak-anak korang turut menjadi mangsa. Kalau ada lebih baik segera membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Mutlimedia (SKMM) secepat yang mungkin seperti yang dilakukan oleh Harith Iskander dan juga Tomok ini sebelum kes fedofilia terus merebak. - gosipmalaysia