Vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo
Sambodo, 32, mendedahkan yang dia mempunyai perancangan untuk menamatkan
zaman bujangnya pada tahun hadapan.
Menjalinkan hubungan cinta bersama seorang gadis yang dikenali sebagai
N, Adi bagaimanapun mengakui masih belum memiliki tarikh spesifik untuk
mengadakan hari perkahwinannya itu.
“Sudah hampir setahun saya menjalin hubungan dengan N. Kami ada memikirkan untuk melangkah ke peringkat seterusnya pada tahun hadapan tetapi ianya sekadar perancangan awal. Kalau boleh, kami mahu terus bernikah sahaja dan tidak mahu bertunang,” ujar Adi secara ringkas ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Indigital dengan kerjasama Suka Sucre Bistro baru-baru ini.
Belum membuat sebarang persiapan lanjut, Adi mengakui yang dia sudah berjumpa dan mengenali keluarga N. Dalam pada itu, Adi juga enggan mengulas lanjut mengenai kisah cintanya bersama gadis yang berusia 21 tahun itu dan berharap agar semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk hubungan mereka.
Dalam perkembangan terkini, Adi yang juga dikenali sebagai Manusia Putih kini sedang berehat sementara dari mencipta lagu untuk penyanyi-penyanyi lain kerana ingin menumpukan perhatian kepada 6ixth Sense.
Terbaru, Adi dan ahli kumpulan 6ixth Sense yang lain sedang dalam proses untuk menyiapkan single mereka yang berjudul Selamat Tinggal Cinta. Lagu tersebut kini sedang menjalani proses mixing.
“Lagu ini kami rakamkan bersama dengan lagu 7 Kali Malam Minggu tetapi kami memang bercadang untuk mengeluarkannya kemudian. Lagu ini mengisahkan tentang kisah percintaan yang diganggu dengan kehadiran orang ketiga dan bakal muncul pada September ini,” kata Adi mengakhiri perbualan.