Thursday, July 30, 2015

Elizabeth Tan Rasa Takut Selepas Kontroversi Cinta

Penyanyi Elizabeth Tan mula berasa takut untuk terlalu mesra dengan mana-mana lelaki yang terlibat dalam dunia seni selepas beberapa kali dihimpit kontroversi percintaan.


Elizabeth Tan Rasa Takut Selepas Kontroversi Cinta

Elizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei, 22, berkata, dia kini lebih berhati-hati selepas dituduh menjadi punca putusnya pertunangan Adira dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.

"Sudah tentu saya rasa takut untuk rapat dengan mana-mana lelaki terutama orang dalam industri, saya tidak mahu dikaitkan lagi dan menjadi mangsa gosip.

"Kalau ada yang ingin berkenalan atau cuba hantar mesej, saya hanya jawab ringkas seperti "ok" atau "lol" atau tidak jawab langsung bagi mengelakkan perbualan tersebut berlanjutan," ujarnya kepada mStar Online.

Elizabeth yang popular dengan lagi Knock Knock ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran syarikat rakaman Warner Music di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, di sini, Khamis.
 
 
Elizabeth Tan Rasa Takut Selepas Kontroversi Cinta
 
Selain kontroversi pertunangan Adira itu, Elizabeth turut digosipkan  bercinta dengan bekas suami pelakon Nabila Huda iaitu Eddie (Tiga Swagger).

Sementara itu Elizabeth berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan Adira dan perkara tersebut sudah diselesaikan sebaik sahaja kontroversi itu berlaku.

"Saya tidak mengenali Adira dengan rapat dan hanya pernah sekali sahaja jumpa dia di majlis, pada hari kontroversi tersebut kami rancang untuk berjumpa tetapi dia batalkan kerana ada hal lain.

"Selepas itu, kami berhubung menerusi telefon dan saya telah jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, dia beritahu saya agar jangan rasa bersalah," ujarnya.

Kata Elizabath, sejak kontroversi itu, dia juga tidak pernah berhubung dengan Shahrul Nasrun.

Bercakap tentang Eddie, dia tidak menyimpan nombor telefon pemuda itu dan hubungan mereka juga tidak pernah rapat.

Saya pelik bagaimana kami boleh digosipkan kerana saya tidak ada nombor telefon dia pun. Mungkin mereka lihat kami bersama di majlis hiburan kerana saya dan Eddie bawah satu syarikat pengurusan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Elizabeth baharu sahaja melancarkan lagu barunya berjudul Setia.-mstar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →