Pelakon jelita Hanez Suraya yang kini mengalami alahan gara-gara disahkan hamil ditimpa kontroversi apabila rumah tangganya bersama ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan perkahwinan dikatakan mempunyai masalah.
Namun, Hanez Suraya yang bijak menepis dakwaan tersebut tampil dengan menjelaskan tiada apa yang perlu di terangkan memandangkan perlu menghormati suami dan keluarga kedua belah pihak.
“Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka,”
Hanez Suraya tampil mengulas dakwaan perkahwinannya bersama Romie kerana dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkannya meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status gambar di laman sosial instagram miliknya.
Malah, Hanez Suraya turut bimbang jika dia memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut ianya disalah anggap oleh sesetengah pihak dan akan menjadi lebih parah dikemudian hari.
“Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.-gosipmalaysia