Tuesday, July 28, 2015

Shila Amzah Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Biasa

Dalam majalah online terbaru Intrend, penyanyi Shila Amzah ada mengakui sedang mengenal hati budi seorang jejaka yang sudah pun setahun dikenalinya. Jejaka tersebut bukan dari golongan selebriti dan hanya orang biasa. Jom ikuti pengakuan beliau.


Shila Amzah Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Biasa

Sampai bila akan berakhirnya episod cinta Shila Amzah?

    Insya-Allah, berilah Shila dua atau tiga tahun lagi. Shila akui hati Shila sudah diisi sekarang ini. Dia orang biasa. Sudah setahun mengenali, Abah dan Mama pun merestui. Orangnya simple, tidak mengongkong dan kami melalui kehidupan dengan haluan masing-masing tanpa ada rasa cemburu atau curiga. Insya-Allah, kalau ada rezeki Shila mengimpikan perkahwinan yang ringkas saja. Abah pun cakap, ikut yang wajib saja. Abah tak cerewet dalam memilih menantu. Kata Abah, tak punya banyak duit tak apa, asalkan rajin bekerja. Shila suka budak-budak, sebab itu Shila juga tidak sabar untuk berkeluarga. Abah pernah cakap, budak-budak yang susah nak dengan orang pun, kalau dapat di tangan Shila, pasti lekat. Alhamdulillah, Shila sangat bahagia sekarang. Malah, keluarga pun happy dengan perkembangan Shila sekarang. Shila ni kalau ada seseorang yang mengisi kekosongan hati, keluarga memang tumpang seronok sebab nampak Shila lebih tersusun, hahaha…

Shila memang tidak boleh hidup tanpa cinta, kan?

    Enam kali putus cinta, setahun hati kosong dan kini Shila kembali bahagia. Bukanlah tidak mampu hidup tanpa cinta, cuma jika ada seseorang yang mencintai, rasa diri complete! Shila akui apabila in love, Shila mudah lupa diri, senang dibutakan dengan cinta. Apabila sudah menyayangi seseorang itu, Shila mahu bersamanya forever and ever. Tapi, selalunya apabila bercinta dengan orang yang salah, kita tak sedar tapi orang yang dekat dengan kita yang nampak. Shila memang perlukan seseorang yang sentiasa dapat menyedarkan Shila daripada khayalan.

Andai diberi peluang mengubah industri ini…

    Biarlah Shila ubah diri Shila terlebih dulu untuk menjadi yang lebih baik. Namun, jika ditanya secara umumnya tentang industri seni kita, Shila Cuma mahu menyarankan agar pengkarya kita bekerja lebih keras agar industri punya saingan yang sihat. Buang elemen favouritisme. Sebenarnya, bakat yang kita ada jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan negara Asia lainnya Cuma platform dan pengalaman bakat kita agak kurang. Sesiapa saja yang mahu menjadi penyanyi perlu ada identiti. Jangan terikutikut gaya penyanyi lain. Lenggok nyanyian perlu versatil. Shila akui, pada awal kemunculan Shila pun begitu juga.


Shila Amzah Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Biasa

    Keliru, adakala ke arah lenggok Dato’ Siti Nurhaliza dan Misha Omar. Shila cuba ubah gaya nyanyian dengan banyakkan menyanyi lagu-lagu Bahasa Inggeris. Kurangkan nyanyi lagu orang yang diminati. Kalau punya idola, pastikan kita tekad untuk jadi lebih baik daripadanya, tapi jangan over confident pula.

Kredit: Intrend

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →