Sunday, September 6, 2015

Ramai doakan kejayaan saya - Jep Sepahtu

Berbanding pelawak popular lain seperti Zizan Razak, Johan dan Nabil yang dilihat dominan, Jep dari Kumpulan Sepahtu sebenarnya dianggap pelawak yang kurang mendapat perhatian. Namun sebenarnya Jep cukup hangat di liganya tersendiri dan tidak hairan namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang berlangsung, baru-baru ini. 


Ramai doakan kejayaan saya - Jep Sepahtu

Kemenangan itu kali ketiga menjadi miliknya dan Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, selesa berada dalam keadaan sekarang di mana dia dilihat tidak terlalu menonjol atau berada di bawah. 


"Saya memanjat kesyukuran. Saya rasa di sebalik kehadiran saya seperti biskut...sekejap ada dan sekejap tiada, masih ada satu simbolik sokongan berterusan. "Saya tak tahu dari mana sokongan itu datang tetapi dapat merasainya. Doa dan sokongan mereka di luar sana termasuk peminat, sangat dihargai. Saya yakin doa itu sangat mustajab. Alhamdulillah ia bukti ramai doakan kejayaan saya," katanya kepada BH Online. 

Jep turut memberitahu dia selesa membuat persembahan lawak di atas pentas berbanding berlakon dalam drama atau filem. Malah kewujudan saluran lawak Astro Warna terus memberi platform pelawak sepertinya untuk berkongsi bakat yang ada sekali gus menambah rezeki kepada pelawak baharu sepertinya. 

"Ikutkan saya ada dapat banyak tawaran berlakon tetapi saya menolaknya. Entahlah saya rasakan diri ini tak ada bakat berlakon. Kalau nak buat lawak dan orang ketawa itu mungkin ia forte saya. "Bagi saya persembahan lawak di pentas itu lebih membuatkan saya menjadi diri sendiri dan tanpa perlu terikat dengan skrip. "Dalam hal ini saya bukannya 'demand' kerana menolak projek lakonan. Dalam hal ini, saya sangat selektif. "Kalau ada tawaran berlakon yang bagus dan berkualiti, pastinya saya akan cabar diri untuk melakukannya. Kerja seni ini bukan perkara mainan, jadi saya tidak mahu terlalu selesa dan terima apa sahaja yang dilihat tanpa mempertimbangkannya dengan sebaik mungkin," katanya.-bharian

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →