Sunday, September 6, 2015

Tarikh Kahwin Zizan Razak?

Satu demi satu kontroversi terpalit dengan pelawak Zizan Razak mengenai hubungan cintanya yang terputus di tengah jalan.Tidak cukup,terbaru zizan dikatakan sudah bersedia berkahwin dan tidak mahu lagi bercinta dengan gadis yang masih menjadi tanda tanya.


Tarikh Kahwin Zizan Razak?

Umumnya dia ada memberitahu gadis pilihannya itu berasal dari terengganu tapi masih belum diperkenalkan secara rasmi.Mungkin tidak mahu lagi kisah cintanya dicanang ke sana sini seperti sebelum ini.Zizan memberi sedikit komen mengenai bakal wanita yang akan dikahwininya itu pada berita harian

“Alhamdulillah, hubungan masih baik seperti biasa. Dia sibuk bekerja, saya juga sibuk dengan tuntutan sebagai artis. Hasrat untuk mengahwininya tidak pernah terhenti bagaimanapun belum mendapat tarikh yang sesuai,” kata Zizan melalui sisipan B*Pop di akhbar Berita Harian.

Selain menyatakan peminat dan orang ramai akan tahu mengenai bakal isterinya apabila sampai waktunya nanti, Zizan dalam masa yang sama memberikan jawapan bahawa tarikh perkahwinan akan ditetapkan oleh ibunya apabila sudah bersedia nanti.-selebritistory

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →