Penyanyi Fynn Jamal nampaknya sudah mula mendapat tempat didalam dunia hiburan tanah air, apabila mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai.
Terkenal dengan lirik puitisnya dalam lagu Arjuna Beta, kali ini Fynn Jamal didakwa telah menimbulkan rasa kecewa segelintir peminat apabila mereka berpendapat artis itu menyanyikan lagu Leaving On A Jet Plane dengan sumbang di sebuah festival.
Walaubagaimanapun, komen negatif tersebut telah dipadam oleh suaminya Tri Hadzir.
Bekas suami Abby Abadi, Noor Farhan Che Bakar kini mula berjinak-jinak dengan bidang seni selepas kes perceraian dengan bekas isterinya itu mulai tidak diperkatakan oleh peminat.
Selain daripada berlakon, dia juga mahu mencuba nasib dalam dunia model komersial untuk iklan cetak dan iklan televisyen.
“Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.
“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting. Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya,” katanya.
Dia akui dirinya belum pernah ada pengalaman dan terpanggil untuk mencuba nasib bila dapat dorongan daripada rakan sekeliling.
“Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.
“Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi,” tambahnya lagi.
Baca : Tampil Berhijab, Noniswara Tidak Serik Berkahwin Lagi
Selepas lama menyepi daripada dunia lakonan, kini pelakon Noniswara Baharuddin mahu kembali mewarnai persada seni lakonan semula.
Malah kini beliau juga telah tampil dengan imej berhijab sebelum Ramadan yang lalu.
“Niat bertudung asalnya sudah lama apatah lagi melihat anak perempuan saya bertudung menguatkan lagi keinginan untuk sama-sama berhijab sepertinya”
“Alhamdulillah hati saya terbuka untuk melakukannya sebulan sebelum Ramadan yang lalu dan saya bertudung sepenuhnya,” kata pelakon ini dipetik di dalam Harian Metro.
Menyentuh isu rumah tangga, Noniswara juga menyatakan dia tidak serik untuk berkahwin lagi dan akan lebih cerewet dalam memilih pasangan selepas dua kali gagal di dalam alam perkahwinan.
“Kalau boleh saya mahu pasangan yang lebih berusia daripada saya atau mungkin juga lebih kurang sebaya saya. Bukan tidak yakin dengan lelaki muda tetapi rasa diri tidak sesuai dipadankan dengan mereka,”ujarnya lagi.
Baca : Juliana Evans Letak Syarat Ketat Kepada Pihak Pengurusan
Pulang ke Malaysia pada pertengahan November lalu selepas tamat pengajian selama tiga tahu di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat pelakon ini nampaknya tidak akan tinggal di sini lama selepas sudah mengikat kontrak dengan pengurusan artis di Hollywood.
Juliana Evans yang kini berusia 25 tahun mengakui persaingan untuk kerjaya sebagai pelakon di Hollywood sangat sengit namun beliau tetap mahu mencuba untuk pengalaman.
“Saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada. Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama”
“Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencapai impian sebagai anak seni. Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Juliana Evans turut mengenakan syarat ketat terhadap pihak pegurusan beliau di sana untuk tidak mendapatkan kerja seni melibatkan adegan intim dan seksual seperti bogel dan bercium atas nama seni.
“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya”
“Sebagai orang Malaysia & Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya redha, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu,” tambahnya lagi.
Baca : Afdlin Shauki Tuntut Keadilan Pengadilan Juri Di MLM 2014?
Sebagai pelopor dan juga pernah menjadi peserta bagi program realiti lawak, Maharaja Lawak Mega, Afdlin Shauki ada membuat kenyataan sepertu mempertikaikan pemberian bintang dan markah oleh para juri di pentas MLM2014 (Maharaja Lawak Mega).
Menerusi laman Twitternya, secara amnya penghibur ini ada manulis status berbunyi ‘Jury MLM tahun ni menakutkan... Memberi bintang-bintang yg tak sepatutnya...’ ‘Bintang Tu akan pengaruhi undi orag luar’ dan paling tepat sekali apabila ‘Kesian team yg lain yang tak popular tapi bagus’ disuarakan Afdlin.
Itulah antara komen dari bekas peserta dan juga pelawak hebat Afdlin Shauki tentang juri tahun ini. Ada yang setuju dengan statement Afdlin ini kerana persembahan Shake dan Zero membuat persembahan hebat namun mendapat bintang yang rendah namun persembahan Nabil dan Virus tidak seberapa tapi dapat bintang yang sama atau lebih banyak.
Ada juga yang kurang setuju dengan kenyataan Afdlin Shauki dengan mengatakan juri tahun ini adalah yang terbaik dan komen nya agak bagus.
Apapun semua orang ada komen dan pendapat masing-masing termasuklah Afdlin Shauki.
Baca : Zain Saidin Buka Fitness Class ‘No Zain No Gain’
Selepas menimang cahaya mata pertama hasi perkongsian hidup dengan Rozita Che Wan, nama Zain Saidin jarang-jarang sekali kita dengar melainkan berita membabitkan anaknya Aaisyah Dhia Rana. Betul tak?
Rupa-rupanya, dalam diam Zain bakal membuka fitness class iaitu ‘No Zain No Gain’. Patutlah Zain beriya-iya bina otot-otot badannya.
Dengar khabar, fitness class ini akan bermula awal tahun depan. Wah, tak lama lagi Fitness Sakinah ada saingan la ye?
Bentuk badan ideal
Kalau nak tahu, team ‘No Zain No Gain’ ini akan membantu anda untuk kurus dan mendapat bentuk badan idaman korang tau!
Haa, bukan itu je, mana tau korang teringin nak dapat badan sado ala Zain Saidin, bolehlah sertai dan rasai sendiri pengalaman bersama hot papa ini. Siap ada penasihat kesihatan lagi okay.
Lokasi, Ruang Subang
Setahu kami, ia dibuka tak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Malah lokasi yang dipilih ini memang sangat sesuai dan strategik.
Tahniah kami ucapkan kepada Zain diatas pembukaan fitness class nanti. Untuk korang yang nak mendaftar tu, selamat mencuba!