Sunday, July 19, 2015

Sempena Raya Tahun Ini, Emma Maembong Sedia Berdamai Dengan Zizan Razak!

Tidak seperti raya yang sebelumnya, tahun ini pelakon wanita Emma Maembong telah menyambut kedatangan Syawal ini  sebagai seorang yang single.


Sempena Raya Tahun Ini, Emma Maembong Sedia Berdamai Dengan Zizan Razak!

Malah, sebolehnya juga, dia tidak mahu lagi mengingati segala memori terindah bersama Zizan Razak iaitu lelaki yang pernah bertakhta di dalam hidupnya suatu ketika dulu. Semuanya telah hilang serta pupus ditelan waktu dan dia juga lebih selesa begitu.

Namun begitu, Emma Maembong tetap berasakan bahawa sambutan rayanya kali ini sama seperti raya yang dulu.
“Tiada apa pun perbezaan suasana kehidupan saya pada tahun lalu dan tahun ini, saya rasa sama sahaja, lagipun setiap kali 1 Syawal saya pasti akan beraya dengan keluarga saya dan bukan dengan kekasih.

“Apa-apa pun keluarga adalah perkara yang saya utamakan terlebih dahulu, perkara yang sudah berlalu biarlah ia berlaku pergi.  Tiada guna saya nak menangis dan meratap sehingga merosakkan diri sendiri,” kata Emma Maembong.

Dalam pada itu, Emma juga mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk berdamai dengan Zizan Razak pada  bila-bila masa dan dia juga tidak kisah andai digandingkan semula dalam mana-mana produksi drama mahu pun filem.
“Industri ini kecil sahaja, tiada guna bermusuhan mahupun bermasam muka, apa yang Emma putuskan ialah kita mesti melangkah ke hadapan, saya perlu uruskan kehidupan saya agar lebih teratur dan seimbang serta relevan dalam industri hiburan tanah air,” seloroh Emma.

Ketika ditanya adakah dia akan menonton telefilem Hantu Wefie iaitu gandingannya bersama dengan Zizan Razak yang akan disiarkan pada 1 Syawal Jam 9 malam di Astro RIA, dengan pantas Emma menjawab dia pasti akan menontonnya.

Malah, telefilem  itu mempunyai keunikan serta daya tarikan sendiri selepas kejayaan drama Hantu Selfie tahun lalu yang telah  mendapat sambutan amat luar biasa.
“Takkan saya tak tengok, mestilah tengok, hantu pakai tudung kot, unik tu… Lagipun, saya yakin telefilem  itu berjaya membuat penonton terhibur menonton bersama keluarga di 1 Syawal nanti, Inshaa Allah,” katanya mengakhiri bicara.-murai

Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter

Hanya kerana diva ini tidak ditegur oleh Nabil Ahmad ketika di lapangan terbang, Azwan Ali telah menyatakan rasa tidak puas hatinya itu melalui akaun Twitter miliknya dengan – well, kita semua kenal perangai diva seorang ini, bukan?


Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter

Melalui luahan hatinya itu juga Azwan Ali mendakwa bahawa Nabil tidak menegurnya. Berdiri di atas kredibiliti diva yang dimiliknya, memanglah jauh sekali Azwan akan menyerah diri untuk menegur pelawak itu terlebih dahulu.

Selain itu, Azwan juga menceritakan bahawa sebelum ini, penyanyi rock lagenda tanah air, Amy Search juga merendah diri menegurnya dahulu dan turut berpelukan ketika umrah. Inikan pula Nabil, terus sahaja Azwan mengatakan Nabil tidak setaraf dengannya.


Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter

Mungkin Nabil ada jawapan tersendiri sebab apa dia tidak menegur Azwan atau mungkin juga Nabil tidak ambil pusing langsung tentang perkara ini. Apa-apa pun, semoga Aidilfitri tahun ini disambut penuh makna oleh kedua-dua selebriti ini.-rotikaya

Terbaru, sekali lagi Azwan Ali atau mendakwa dirinya adalah Diva AA memaki hamun Nabil walaupun Nabil telah memohon maaf atas apa yang berlaku.

Permohonan maaf dari Nabil kepada Azwan Ali ini nampaknya sia-sia kerana ia langsung tidak diendahkan malah Nabil pula yang dihentam.

Berikut merupakan permohonan maaf dari Nabil kepada Azwan Ali:


Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter


Dibawah pula respon dari Azwan Ali menerusi akaun Instagramnya yang sekali lagi mengundang panas para peminat di media sosial:

Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter
:-ammboi

Thursday, July 16, 2015

Adira Suhaimi Terpaksa Beraya Ala Kadar?

Penyanyi Adira Suhaimi terpaksa akur Aidilfitri kali perlu disambut secara sederhana berikutan tragedi gempa bumi yang melanda Ranau Sabah sejak 7 Jun lalu.


Adira Suhaimi Terpaksa Beraya Ala Kadar?

Adira berkata akibat susulan gegaran itu, rumah keluarganya juga mengalami kerosakan dan keretakan pada dinding dan lantai.
“Sehingga sekarang masih lagi ada beberapa gegaran kecil yang berlaku di sana. Ketika sempat pulang ke sana menjenguk keluarga, saya sendiri turut merasa gegarannya. Jadi fokus sekarang saya hanyalah keluarga saya di sana.

“Pun begitu, raya ini tetap disambut walaupun bersederhana sahaja. Malah, ibu masih kuat semangat untuk memasak serta menyediakan pelbagai juadah untuk dijamu kepada peminat.

“Saya memang tak buat rumah terbuka tetapi rumah saya sentiasa terbuka untuk menerima kedatangan tetamu dan peminat.

“Macam tahun-tahun sebelumnya, ramai juga peminat yang datang termasuk daripada Sarawak, Brunei dan Singapura,”kata Adira yang pulang beberapa hari sebelum menjelang Syawal,” kata Adira.

Menurut Adira, dia bukan tidak mahu membawa semua ahli keluarganya terutama ibunya, Rujinah Sarungin untuk berpindah ke Kuala Lumpur, tetapi mereka yang enggan berbuat demikian.
“Saya sudah ajak mereka ke Kuala Lumpur, tapi mereka tak mahu. Susah nak pujuk ibu tinggalkan rumah. Paling lama mereka boleh tinggal di Kuala Lumpur pun hanyalah selama dua minggu saja. Selepas itu, ibu sudah mahu pulang, siap beli tiket kapal terbang sendiri lagi.

“Ibu anak sulung dan dia berkeras tak mahu tinggalkan adik-beradik dia yang lain di kampung. Namun, Ibu ada beritahu, supaya usah risaukan dia dan sentiasa mendoakan agar semuanya akan baik-baik saja dan kembali pulih seperti biasa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya, Hilang dan Cinta Teragung Dunia duet bersama Edry KRU.-murai

Punca Emma Maembong Tidak Beli Baju Raya

Ketika selebriti lain sedang shopping sakan baju raya, pelakon Emma Maembong yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama tidak sempat berbuat demikian malah menurut Emma, dia dan keluarga memang menyambut hari raya secara sederhana.


Punca Emma Maembong Tidak Beli Baju Raya


“Raya kami sekeluarga biasa saja, persiapan pun secara sederhana saja dan tiada apa yang berbeza anatra raya tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya. Tiada apa-apa tema pun sebaliknya kami pakai apa yang ada dan tidak lah terlalu beria sangat menghias rumah”

“Tahun ni saya sangat sibuk dengan penggambaran drama bersiri. Hampir setiap hari penggambaran habis sehingga pukul 3 atau 4 pagi. Jadi saya memang tak beli pun baju raya. Lagipun saya sudah ada koleksi yang dihasilkan Melinda Looi, jadi saya pakai baju-baju itu saja lah,” katanya sambil tersenyum.

Baguslah jika Emma hanya mahu bersederhana. Semoga sambutan hari raya Emma tahun ini meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Lagi meriah jika tahun hadapan Emma sudah beraya dengan suami pilihan.-rotikaya

Felixia Yeap Gigih Mahu Belajar Buat Biskut Raya

Setelah memeluk Islam pada Julai tahun lalu, kini Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap mengakui menanti Aidilfitri yang dianggap cukup bermakna buat dirinya selain turut menyatakan hasratnya untuk belajar buat biskut raya.

Felixia Yeap Gigih Mahu Belajar Buat Biskut Raya


“Sebenarnya, saya suka makan dan kalau boleh semua makanan saya mahu makan! Tapi, Aidilfitri ini bukanlah sekadar untuk memuaskan nafsu makan semata-mata. Bagi saya, sudah cukup bersyukur sekiranya kita dapat makan dan bersama-sama meraikannya bersama keluarga tersayang”

“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk belajar buat biskut raya, memandangkan saya tidak pernah buat biskut dan tidak pernah guna oven. Saya akan mendapatkan resipi untuk membuat biskut daripada keluarga saya dan berharap agar mereka dapat membantu saya nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, pastinya raya tahun ini lebih bermakna buat Felixia kerana dia juga bakal menyambutnya bersama suami tersayang. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan meriah bersama keluarga tercinta.-rotikaya

Linda Rafar Sedih Gambar Bogel Tersebar Lagi

“Dalam bulan baik ini, ada juga pihak tidak bertanggungjawab sanggup mengaibkan saya dan keluarga dengan cara begitu.” 

Itu luahan penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, mengenai tindakan pihak tertentu menyebarkan berita di Internet kononnya dia meninggal dunia kelmarin.


Linda Rafar Sedih Gambar Bogel Tersebar Lagi

Selain itu, pihak terbabit turut menyebarkan gambar lelaki dan wanita berbogel didakwa menyerupai wajahnya dan komposer Edry Abdul Halim, semalam yang pernah mencetuskan kontroversi lebih 10 tahun lalu.

Linda berkata, dua provokasi itu perkara paling kejam dan melampau pernah dihadapi dalam hidupnya.

“Semalam (kelmarin) saya dikatakan meninggal dunia, namun saya sudah memberi penjelasan dalam Instagram.

“Memang kelam-kabut dibuatnya apabila suami Syed Aiman, bekas suami Keifli dan anggota keluarga saya dihujani pelbagai panggilan bertanyakan kesahihan cerita yang tersebar,” katanya.

Linda berkata, belum pun reda kes fitnah itu dia sekali lagi diuji pihak tidak bertanggungjawab apabila kontroversi gambar bogel itu disebarkan semula di aplikasi sosial Tumblr, semalam.

“Situasi itu sangat menyedihkan saya sekeluarga. Sampai hati mereka mengaibkan saya sebegitu sedangkan saya sudah tenang menjalani hidup selepas kematian anak Rezaimen Keifli setahun lalu,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Linda membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, tengah hari semalam.

Dia turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan tegas diambil terhadap dalang di sebalik penyebaran berita palsu terbabit.

Linda berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab itu secepat mungkin.

“Apabila cerita lama dibuka semula oleh pihak yang tidak ada hati perut dan zalim, saya jadi sangat sedih dan terkilan.

“Saya harap sangat mereka yang membuat perbuatan itu ditangkap dan diambil tindakan supaya jadi pengajaran kepada semua pihak,” katanya.– ommdotmy

Artis Wanita Terlibat Dalam Kemalangan Teruk, Kereta Terbakar

Industri  hiburan hari ini digemparkan dengan nahas kemalangan yang menimpa pelakon Vanidah Imran apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar, dekat Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.


Artis Wanita Terlibat Dalam Kemalangan Teruk, Kereta Terbakar

Difahamkan, ketika itu Vanidah sedang dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.

Artis Wanita Terlibat Dalam Kemalangan Teruk, Kereta Terbakar
Artis Wanita Terlibat Dalam Kemalangan Teruk, Kereta Terbakar
Memetik laporan Berita Harian, suami Vanidah, Rashidi memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.

“Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong,” katanya.

Artis Wanita Terlibat Dalam Kemalangan Teruk, Kereta Terbakar
Tambah Rashidi, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya.

Kereta Mini Cooper yang dipandu Vanidah itu dimenangi ketika dia dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.-artikelviral

Sunday, July 12, 2015

Azwan Ali Mengamuk Lagi, Kali Ini Dengan Agensi Pengurusan Umrah

Semua sedia maklum yang pengacara kontroversi, Azwan Hj. Ali kini sedang mengerjakan umrah kali kelapan beliau dan ramai peminat berharap setiap kali pemergian selebriti ini menunaikan ibadah, beliau akan pulang dengan sikap yang lebih positif.


Azwan Ali Mengamuk Lagi, Kali Ini Dengan Agensi Pengurusan Umrah

Namun, satu insiden kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari kota Madinah ke kota Mekah baru baru ini menjadi punca Azwan Ali sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati beliau melalui media sosial. Kali ini ditujukan terus kepada agensi pengurusan umrah.

Azwan Ali dalam kemaskini terbaru di Instagram memuat naik perbualan beliau bersama ejen yang menguruskan beliau meluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual perjalanan yang diubah — selalunya jemaah perlu bertolak lebih awal ke kota Mekah.


Azwan Ali Mengamuk Lagi, Kali Ini Dengan Agensi Pengurusan Umrah

Salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali tampil memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut dan mendakwa ianya memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar 10.00 pagi dari Madinah ke Mekah.


Azwan Ali Mengamuk Lagi, Kali Ini Dengan Agensi Pengurusan Umrah

“Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati,” ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince tersebut.-rotikaya

Thursday, July 9, 2015

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Pemilik nama Nazira Nazrin kini semakin mendapat perhatian gara-gara wajahnya mirip pelakon popular Nora Danish. Maklumlah, semua terkejut rupanya Nora Danish punyai kembar yang cantik bertudung. Disebabkan itu juga ramai yang ingin mengenali gadis cantik ini dengan lebih dekat.


6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Penampilan Nazira Nazrin berhijab versi Nora Danish berhijab menguatkan lagi pernglihatan kami yang mereka berdua iras seakan kembar. Walaupun berbeza latar belakang dan baru-baru ini ‘Selepas Bertopeng, Nora Danish Fikir Imej Lain Untuk Ke Jalan TAR!‘, mungkin Nazira Nazrin bebas ke mana-mana sahaja memandangkan dia bukanlah Nora Danish yang sebenar.


6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Apa-apa pun wajah Nazira Nazrin cukup jelita dan bertambah indah mengenakan hijab. Semoga Nora Danish juga tampil berhijab suatu hari nanti walaupun pernah meluahkan prinsip ‘Nora Danish Mahu Berhijab Tanpa Paksaan‘. Semoga kita semua mendapat perkhabaran gembira suatu hari nanti!-gosipmalaysia

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!