Sunday, August 30, 2015

Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Bagi peminat pasangan ini, doakanlah yang terbaik buat Qi Razali dan juga Nelydia Senrose kerana khabarnya kini hubungan mereka dikatakan retak menanti belah malah perasaan tersebut bagaikan tergambar di laman sosial mereka.


Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Melalui muatnaik status di Twitter, Qi menyatakan bahawa situasi yang dihadapi ketika ini adalah sangat menyakitkan namun kehidupan harus diteruskan. Sementara itu, Nelydia juga turut meluahkan perasaan melalui Instagram seperti menggambarkan situasi yang mereka hadapi ketika ini. Komen iklan yang banyak di ruangan komen Instagram pelakon tersebut juga bagai tidak endah dengan perasaan yang dihadapinya ketika ini.


Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Apa-apa pun yang terjadi di antara mereka, pastinya peminat sentiasa mendoakan yang terbaik atau nantikan sahaja sehari dua, manalah tahu nanti mereka sudah ada gambar bersama kembali. Atau mungkin juga doa ibu bapa Nelydia di Mekah termakbul untuk berjumpa jodoh sebenar.-rotikaya

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Jue Aziz yang kini sudah pun berhijrah dengan berhijab penuh mengakui bahawa dia malu untuk melihat kembali babak yang dilakonkannya di dalam filem Kapsul lebih-lebih lagi ia melibatkan adegan rogol.


Foto Jue Aziz Kini Bertudung


“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu”

“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kemabli babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya kepada ruangan sisipan B*Pop oleh Berita Harian.

Selain itu Jue juga menjelaskan bahawa keputusannya untuk bertudung bukanlah mahu memuaskan hati dan menutup mulut orang ramai, namun ia datang daripada keikhlasan hatinya sendiri. Semoga penghijrahan pelakon ini membawa satu dimensi baru kepada kehidupannya.-rotikaya


Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Ummi Nazeera Bercinta Dengan Zizan Razak?

Terpalit dengan kontroversi bersama Zizan walaupun hanya keluar makan bersama, Ummi Nazeera melalui Utusan Malaysia menjelaskan bahawa dia dan juga Zizan Razak hanyalah rakan biasa dan tidak ada hubungan istimewa terjalin antara mereka.


Ummi Nazeera Bercinta Dengan Zizan Razak?


“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Bagi saya, yang diperkatakan oleh orang itu sebagai satu andaian yang tidak menjelaskan apa-apa. Terus terang saya katakan antara saya dan Zizan hanya sekadar kawan industri dan tak lebih daripda itu”

“Tiada sebarang hubungan istimewa antara kami seperti yang diperkatakan sebelum ini. Saya anggap ini benda biasa yang perlu diharungi. Tapi tak perlulah memperbesarkan-besarkan cerita ini lagi,” jelasnya.

Tambah Ummi, dia tidak mahu perkara tersebut diperkatakan kerana mahu terus fokus di dalam kerjayanya selain menyatakan dia tidak akan bercinta sebelum berkahwin seperti apa yang pernah diperkatakan sebelum ini.-rotikaya

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Semalam, penyanyi Ahmad Nubhan telah selamat diijabkabulkan bersama wanita pilihannya Afifah Hidayah dengan mas kahwin sebanyak RM1, 000.

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi mereka yang serba mewah di City Kingdon Hotel, Seremban. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Nubhan dan isterinya kerana telah berjaya mendirikan rumah tangga setelah 7 tahun perkenalan mereka.-ohbulan

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis




Wednesday, August 12, 2015

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Fara Mendoza, nama yang sebelum ini tidak pernah kita tahu jadi popular kerana kes beliau mendakwa aktor Fizz Fairuz menggoda beliau menerusi aplikasi WeChat.


Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral


Sebenarnya Fara yang baru sahaja berusia 25 tahun ini adalah artis baharu naungan MIG Talent yang dimiliki oleh David Teo dan baru saja menamatkan kontraknya baru-baru ini dan pernah muncul dalam beberapa drama sebagai watak pembantu.

Namun bukan itu yang kami ingin bicarakan. Kami ada mendapat beberapa foto panas dan seksi Fara Mendoza ketika bersosial. Pergh, memang daring habis aksi beliau, siap comolot lagi.  Sebelum ini memang ramai pun yang mengatakan beliau ini memang seksi habis.

Ok, kami tak mahu lah komen lebih pasal perkara ni. Jom kita lihat foto-foto beliau ketika bersosial dengan membaca artikel ini sepenuh.-bocorlagi

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Yuna Rakam Lagu Bersama Bintang R&B, Usher

Penyanyi Yuna melakar sejarah baharu dalam kerjayanya apabila telah merakamkan lagu dengan bintang terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher.


Yuna Rakam Lagu Bersama Bintang R&B, Usher

Perkara itu disahkan oleh komposer David Foster yang turut berkata kerjasama berkenaan bakal menaikkan lagi nama Yuna di peringkat lebih tinggi.
"Pihak kami akan mengasah bakat Yuna untuk menjadi penghibur yang lebih tinggi dan superstar,” katanya.


Yuna Rakam Lagu Bersama Bintang R&B, Usher


Beliau berkata demikian pada majlis pelantikannya sebagai duta pertama global penerbangan AirAsia.


Yuna atau Yunalis Zarai, 29, pernah merakamkan album antarabangsanya berjudul Nocturnal pada Oktober 2013.

Terdahulu pada Mei lalu ini Foster pernah mengeluarkan pendapatanya bahawa Yuna masih belum cukup kemampuan untuk bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa sebaliknya perlu meningkatkan lagi bakat beliau dalam bidang seni.-mstar

Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Berkahwin

Semalam pihak media dikejutkan dengan pengumuman oleh Raja Farah bahawa beliau sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi. Malah, berita tersebut  turut menjadi satu kejutan besar buat bekas suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria yang hasratnya kini musnah apabila  mempunyai niat untuk merujuk semula dengan Raja Farah sebelum ini.


Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Berkahwin


Walaubagaimanapun, Megat menerima berita tersebut dengan baik, redha serta meyifatkan jodoh mereka sudah tiada lagi.
    Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia. Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan.


Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Berkahwin


Megat turut menasihati agar peminat ataupun masyarakat di luar sana tidak memberikan komen negatif ataupun mempunyai persepsi negatif terhadap Raja Farah.
    Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya.

Semalam petang , menerusi satu sidang media khas yan diadakan di kediaman beliau terletak di Bukit Jelutong, Raja Farah telah mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan majlis pertunangan mereka sudah pun berlangsung pada sebelah pagi sebelum sidang media berkenaan.

Sebelum ini, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.-beautifulnara

Saya Dedah Sikap Fizz Fairuz Kerana Tidak Tahan Lagi Diganggu – Fara Mendoza

Pagi tadi dsiarkan satu artikel mengenai seorang pelakon lelaki yang sudah berkahwin dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata bermain cinta bersama seorang lagi pelakon wanita di aplikasi WeChat.


Sikap Fizz Fairuz


Walaupu tidak menyebut siapakah gerangan artis tersebut, ramai pembaca boleh meneka  pelakon itu ialah Fizz Fairuz. Bermacam-macam komen daripada orang ramai yang mengutuk perbuataan curang Fizz bersama aktres baharu yang bernama Fara Mendoza.

Sikap Fizz Fairuz

Setelah kes mereka menjadi viral di Internet, Fara akhirnya telah tampil memberi kenyataan kepada media bahawa tujuan sebenar beliau mendedahkan perkara tersebut kerana tidak tahan lagi dengan sikap Fizz dan berharap agar aktor itu berhenti mengganggu beliau serta mengumpannya dengan wang ringgit.
    Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar. Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya.

Namun, Fara sedar bahawa tindakan beliau itu adalah satu langkah yang kurang bijak  selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong bahawa perkara sebegitu boleh mengundang kontroversi seperti sekarang.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fara dan Fizz mula mengenali antara satu sama lain ketika wanita berkenaan menemani Emma di lokasi penggambaran drama Hantu Rumah Sakit Jiwa. Dari situ Fizz mula mengatur langkah untuk mengorat Fara.
    Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi. Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu.

    Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.

    Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi.

Pada kami, kalau dari awal Fara tidak mahu ada kena mengena dengan Fizz pasti beliau dah menepis perkara tersebut daripada berlaku. Kalau sudah mula langkah sama-sama melayan tu memang payah la, ibarat anda sudah bagi greenlight untuk beliau goda anda. Sekarang nak menyesal buat apa?-beautifulnara

Wednesday, August 5, 2015

Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Maya Matahari Tangga Retak?

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung bersama suami Tengku Shahreza Tengku Aziz, pelakon serta penyanyi Maya Matahari enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga beliau retak kerana ingin menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.


Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Maya Matahari Tangga Retak?

Walaubagaimanapun, Maya menafikan sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka. Meskipun mereka sudah tidak tinggal bersama lagi, Maya masih lagi menjaga hubungan baik bersama Shahreza.
    Tidak semua perkara berpunca daripada orang ketiga. Tidak dinafikan pelbagai cerita sampai ke telinga saya, namun saya memilih untuk tidak terlalu mendengar cerita tanpa bukti kukuh. Sudah lama saya mengunci mulut dan tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi ini. Ya, saya akui saya dan suami sudah lama tidak tinggal sebumbung.

    Malah, kemelut rumah tangga kami sudah berlarutan sekian lama. Saya akui perlu mengambil tindakan lanjut secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah. Tidak kira apa kesudahannya, saya dan suami masih berhubung secara baik.


Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Maya Matahari Tangga Retak?

Buat masa ini, beliau tidak mahu terlalu memikirkan masalah rumah tangganya dan hanya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya. Untuk pengetahuan anda, status rumah tangga masih lagi tergantung dan tiada keputusan yang telah dibuat untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
    Umur pun hampir mencecah 40 tahun, jadi saya rasa banyak benda yang saya belajar dan ambil yang positif saja. Saya menganggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan menjadikan saya seorang yang sangat tabah.

    Selain kerjaya, saya juga memberi fokus kepada ibu saya yang diserang sakit jantung. Saya dan adik beradik lain mengambil giliran menjaga ibu saya. Disamping itu, saya juga mempunyai jadual kerja yang padat.

Kerjaya itu memang penting tetapi janganlah pernah ambil ringan dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi didalam rumah tangga. Jangan terlalu kejarkan kerja tetapi akhirnya hati dan jiwa tidak tenteram serta merasa sunyi tanpa teman disisi.-beautifulnara