Saturday, September 12, 2015

Foto Kekasih Shah Iskandar

Akhirnya pelakon Shah iskandar telah mempamerkan gambar yang dikatakan kekasihnya di dalam laman sosial baru-baru ini.


Foto Kekasih Shah Iskandar

Gadis itu diberi nama dalam Instagram sebagai Imsarahnorris. Kalau betul, memang padanlah dorang ni, sama-sama cantik dan hensem.-izyan

Foto Kekasih Shah Iskandar

Foto Kekasih Shah Iskandar

Foto Kekasih Shah Iskandar

Foto Kekasih Shah Iskandar

Wak Doyok Dituduh Bermaksiat Di Melbourne

Baru-baru ini timbul desas-desus bahawa ikon Malaysia yang disegani, Wak Doyok didakwa mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis, ataupun lebih mudah dipanggil gay!

Wak Doyok Dituduh Bermaksiat Di Melbourne

Namun, hari ini nampaknya Wak Doyok telah bertindak untuk memuatnaik komen yang mendakwanya sebagai gila seks dan melakukan maksiat di Sydney. Amboi, melampaunya tuduhan!

Wak Doyok Dituduh Bermaksiat Di Melbourne

    Pagi-pagi dah sarap comment macam ni.  apa korang rasa bila kena macam ni? #AkuBukanMarahNasihat #Melbourne #Australia #OrangAussieCakapIDontCare #AkuYangPergiAussieKoYangPanas #TakSemuaMelayuMacamIni #AkuCukupPantangDahLamaSaboNakSekaliLepasGGeramBaruPuas #DahMerdekaLah58Tahun #JanganDengkiBoleh #MacamManaMelayuNakMaju #JanganMulutLongkang #CakapBiarBeradap #HormatOrang #RespactOrangSikit #BuangHasadDengki #SalingBantuMemBantu #KitaSeBangsa #IniLahMelayuNasibAkuJoWo #SuDahSudahLah #JanganSakitkanHatiOrang #CubaKenaKatAdikKoMacamTu #JanganBuatFitnah #JanganBurukSangkaDekatOrangBoleh #TengokDiriSendiriDuluElokKeTidak #TakBolehTengokOrangBerjayaSikit #KoIngatAkuSebayaKoAkuDahSebayaBapakKoLah #AkuDudukAussieKerjaLahBuatAmpayer #KoIngatAkuTakBacaComment #HastagMelepaskanGeram #KBaii

Ha, kan dah kena ‘smash’ dengan Wak Doyok. Biasalah, bila dah berjaya, mesti ramai haters kan.-ohbulan

1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami

Berdiri di atas nama kebenaran, pelakon Umie Aida sanggup berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jika suaminya itu belot dalam perjuangan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami


Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Umie Aida berbuat demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau ‘termakan’ pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.
“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya”

“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” kata Khairuddin mengulang kembali kata-kata Umie Aida sebelum ini kepada mStar Online.

Tambah Khairuddin, dia sangat bersyukur dengan perkara tersebut selain mengagumi kesetiaan Umie ketika ini yang tidak pernah henti menyokongnya dan sentiasa teguh bersama keluarga.-rotikaya

1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami

1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami

1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami

1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami

Friday, September 11, 2015

(12 Gambar Dan Video) Soft Launch Uqasha Senrose Memukau

Tahniah diucapkan kepada aktres muda, Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau dikenali sebagai Uqasha Senrose. Masih muda ditambah lagi dengan kejelitaannya yang memukau, Uqasha kini bergiat aktif pula di dalam dunia bisnes.

(12 Gambar Dan Video) Soft Launch Uqasha Senrose Memukau

Walaupun pelbagai kontroversi dan gosip melanda dirinya meskipun kini telah berhijab, ia tidk sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus melangkah jauh dalam dunia perniagaan.


(12 Gambar Dan Video) Soft Launch Uqasha Senrose Memukau

Biasalah tu, bila dah artis kan salah yang sekecil-kecil kesalahan pun akan diperbesarkan juga. Apa yang penting cekalkan diri dan terus berjuang untuk maju kehadapan.


(12 Gambar Dan Video) Soft Launch Uqasha Senrose Memukau

Jom ikuti gelagat Uqasha Senrose dan juga koleksi tudungnya di Majlis Soft Launch Uqasha Sensrose Collection by @uscollectionofficial. Anda pasti memukau!-gosipmalaysia










Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam

Marshanda kini dilihat seperti seorang aktres Indonesia yang dihimpit pelbagai gosip dan kontroversi panas sejak dirinya bercerai dengan Ben Kasyafani tahun lalu dan kini sudah berubah membuka hijab di kepalanya.


Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam

Apa yang menyedihkan aktres ini semakin hari semakin sek$i dan berani berkongsi gambar-gambar yang mencetuskan kontroversi.


Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam

Marshanda atau lebih mesra dengan ChaCha terpaksa berhadapan dengan kritikan daripada peminat apabila dirinya kini tampil lebih bersosial namun ia tidak sedikit pun membataskan dirinya untuk terus menjadi dirinya yang sebenar.

Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam

Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam


“Thanks for being you.. I learn a lot and love myself even more at the end!!”


Hmmm, sedih juga dengan ujian yang terpaksa diterima ChaCha. Bagi peminat yang setia mendoakan yang terbaik untuk Marshanda, mereka sangat berharap ChaCha akan kembali seperti dahulu menjadi muslimah yang solehah.

Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam

Inilah Imej Marshanda, Punca Diri Dihentam

Apa pun sama-samalah berdoa agar dirinya tidak jauh terpesong dan diberikan hidayah.-gosipmalaysia

Haziq AF4 Selamat Bernikah Dengan Maisarah

Dengan sekali lafaz penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke empat (AF4) iaitu Haziq Rosebi selamat bernikah dengan pasangannya Maisarah Mohd Sidki, di kediaman pengantin perempuan di Raman Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.41 malam tadi.


Haziq AF4 Selamat Bernikah Dengan Maisarah


Pasangan ini dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Muhammad Immanuddin Mohd Sidki serta disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Masjid, Muadzeen Bin Ackil.

Pada majlis pernikahan itu, Haziq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin manakala wang hantarannya dirahsiakan

Haziq turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada Maisarah dan pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Haziq melahirkan rasa syukur selepas acara akad nikah itu selesai dan berjalan dengan lancer.
"Alhamdulillah akhirnya kami sah bergelar suami isteri dan segalanya berjalan dengan lancar,"katanya.

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.

Mempelai bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi tengahari esok di rumah pengantin perempuan serta sebuah majlis bakal menyambut menantu bakal diadakan di kampong Haziq di Melaka pada 7 November depan.

Pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 23 November tahun lalu.-murai

Thursday, September 10, 2015

Isteri Radhi (OAG) Jawab Salah Faham Imej Bertudung

Isteri penyanyi Radhi (OAG), Ayu tidak berniat untuk mempermainkan soal pemakaian tudung apabila sering dilihat berhijab, kemudian menanggalkannya.


Isteri Radhi (OAG) Jawab Salah Faham Imej Bertudung


Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri, 21, berkata, perkara tersebut dilakukan kerana dia melalui tempoh percubaan untuk bertukar imej supaya dia benar-benar yakin melakukan perubahan.
"Ramai yang bertanya kenapa saya kadang-kadang pakai tudung dan kadang-kadang tidak?

"Semasa tempoh percubaan, saya hanya bertudung pada majlis-majlis tertentu yang dihadiri Radhi seperti majlis keagamaan tetapi ketika keluar bersiar-siar, saya tidak pakai kerana banyak baju yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan tudung," ujarnya kepada mStar Online.

Ayu diminta mengulas tentang reaksi beberapa peminat Radhi mengenai status pemakaian tudung Ayu yang dilihat tidak konsisten.

Bagaimanapun kata Ayu, menjelang Ramadan lalu dia sudah membuat keputusan muktamad untuk terus berhijab.

Sementara itu, Ayu berkata, sebagai manusia biasa, dia juga memerlukan ruang bagi membuat persiapan untuk berubah menjadi manusia lebih baik.
"Saya macam orang lain juga, perlukan tempoh untuk benar-benar bersedia ke arah kebaikan. Bila kita biasa tidak bertudung memang awal-awal akan rasa janggal sikit bila tukar imej.

"Tapi lama-kelamaan bila saya sudah biasa memakainya, saya rasa janggal pula bila tidak pakai, itulah membuatkan saya terus kekal bertudung," katanya.

Jelas Ayu, Radhi ada menasihatkannya agar kekal dengan imej muslimah selain sedia membelikan kelengkapan baju yang sesuai dengan penampilan baharunya itu.

Namun, kata Ayu, suaminya itu tidak pernah memaksa dan menyerahkan keputusan tersebut kepadanya.

Radhi dan Ayu berkahwin pada 4 April 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Aisyah yang kini berusia sembilan bulan.-mstar

Tuesday, September 8, 2015

Pelawak Terkenal Abam Bocey Terlibat Dalam Kemalangan

“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” kata pelawak Abam Bocey, 27, yang terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Gombak, dekat sini, pagi tadi. 

Pelawak Terkenal Abam Bocey Terlibat Dalam Kemalangan
Pelawak Terkenal Abam Bocey Terlibat Dalam Kemalangan Berhampiran Rumahnya

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Abam Bocey ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara.

“Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” katanya.-bulletinmedia

Ezad Lazim & Exist Bergabung Demi Projek Khas

Penyanyi Ezad Lazim teruja dapat bergabung kembali bersama kumpulan Exist demi menjayakan The Blues Jean Concert yang bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada akhir bulan hadapan.


Ezad Lazim & Exist Bergabung Demi Projek Khas


Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36, bagaimanapun berkata, gabungan semula itu hanya untuk projek berkenaan dan bukannya kembali sebagai vokalis kumpulan itu.
"Saya tidak berfikir lama untuk bersetuju kerana ia adalah konsert solo untuk Exist dan ingin menjadi sebahagian daripada acara bersejarah itu.

"Memang teruja apabila diberitahu mengenai konsert berkenaan namun ia hanya untuk projek istimewa sahaja," katanya kepada mStar Online.

Ezad ditemui pada majlis sidang media The Blues Jean Concert yang diadakan di Istana Budaya di sini pada Selasa.


Ezad Lazim & Exist Bergabung Demi Projek Khas


Selain Exist yang bakal membuat persembahan di Panggung Sari pada 23 Oktober depan, dua lagi kumpulan  turut terlibat adalah May (24 Oktober) dan Blues Gang (25 Oktober).

Exist turut dianggotai oleh Along, Shah, Ujang dan Musa.

Dalam pada itu, Ezad berkata, konsert di Panggung Sari itu adalah yang pertama untuk mereka dan telah menjadi impian Exist untuk tampil dengan sebuah persembahan istimewa seperti di pentas Istana Budaya.
"Dahulu semasa kami masih bersama tiada pula tawaran begini tetapi selepas berpecah ada rezeki kami untuk mengadakan konsert buat peminat dan kami sangat bersyukur," ujarnya.

Tambah Ezad, mereka sebelum ini pernah bergabung menerusi sebuah mini konsert di Hard Rock Cafe Melaka pada Ogos tahun lalu dan tidak menyangka mereka diberi peluang untuk mengadakan konsert di Istana Budaya.
"Ini adalah pertama kali kami mengadakan persembahan di Istana Budaya dan banyak perancangan akan diatur bagi memastikan ia berjalan lancar nanti.

"Namun apa yang pasti semua lagu popular Exist dari tahun 1991 hingga kini akan dinyanyikan dalam konsert selama dua jam itu," jelasnya.

Sementara itu, Ezad berkata, dia berharap gabungan mereka menerusi konsert berkenaan bukan yang terakhir kerana mereka sudah pun merancang untuk sebuah konsert bersempena ulang tahun ke-25 Exist.


Ezad Lazim & Exist Bergabung Demi Projek Khas



Tambah Ezad, dia juga tidak keberatan sekiranya ada tawaran untuk menggabungkan mereka menerusi sebuah album baharu.
"Apa sahaja yang jadi sebelum ini biarlah ia menjadi sejarah kerana kami semua sekarang sudah matang dan hanya mahu berfikir ke hadapan sahaja.

"Insya-Allah jika ada rezeki memang kami hendak buat konsert reunion dan menjemput sekali vokalis terdahulu seperti Ajai dan Mamat," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Urusan Bombbay Worldwide, Zambre Shaari berkata, pihaknya memilih ketiga-ketiga kumpulan itu untuk menyertai konsert berkenaan kerana setiap band mewakili era masing-masing selain mempunyai aura tersendiri.

Atas dasar itu juga kata Zambre, pihaknya hanya mengasingkan setiap kumpulan untuk persembahan malam berbeza bagi membolehkan peminat mendapat kepuasan ketika menghadiri konsert itu nanti.
"Tidak adil rasanya jika ketiga-tiga kumpulan diletakkan dalam sebuah konsert sama kerana akan menghadkan jumlah lagu untuk dipersembahkan kerana mereka mempunyai banyak lagu hit yang menjadi kegemaran peminat.

"Diharap konsert The Blues Jean Concert akan memberi kepuasan kepada penonton pada tiga malam itu nanti," katanya.

Tiket untuk menonton konsert berkenaan dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41478600 dan 03-41478600 dan 019-2111600.-mstar