Thursday, November 26, 2015

Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Selepas putus cinta dengan Joe Jonas, model terkenal Gigi Hadid tidak menunggu lama untuk mencari pengganti bila mana dia dikhabarkan sedang bercinta dengan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik.


Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Menurut sumber US Weekly, hubungan mereka baharu sahaja terjalin beberapa minggu lalu.


Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Pasangan itu dilaporkan berparti bersama di West Hollywood sejurus menghadiri acara American Music Awards, semalam.

Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Zayn, seperti yang diketahui peminatnya, sudah putus tunang dengan penyanyi Little Mix, Perrie Edwards, pada Ogos lalu. – MYNEWSHUB

Tuesday, November 24, 2015

Maria Farida Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Berpangkat Datuk?

Cukup hangat dengan gosip yang mengatakan beliau merampas suami kawan baiknya sendiri iaitu Datin Karen Rahman serta kes bayaran tertunggak ketika menjadi duta kepada produk kecantikan milik Karen, Maria Farida nampaknya tidak akan membiarkan kontroversi berkenaan menghalang beliau untuk mengecapi kebahagiaan.


Maria Farida Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Berpangkat Datuk?

Menerusi portal Utusan Online, khabarnya Maria kini sedang sibuk meguruskan majlis perkahwinan beliau bersama seorang lelaki berpangkat Datuk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Maria dikatakan sudah hadir ke mahkamah baru-baru ini, untuk urusan perkahwinannya itu dan membuat permohonan untuk keizinan berkahwin menggunakan wali hakim.


Maria Farida Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Berpangkat Datuk?

Lelaki tersebut sebenarnya kawan baik Maria sendiri dan mempunyai anak-anak hasil hubungan terdahulu. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah buat Maria kerana beliau mempunyai hubungan yang agak baik bersama anak-anak bakal suaminya itu. Malah, kedua-dua belah keluarga juga sudah merestui hubungan mereka.


Maria Farida Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Berpangkat Datuk?

Wah, cepat juga Maria Farida membuat keputusan untuk berkahwin bukan? Mungkin juga sudah jodoh antara mereka, tetapi siapa agaknya Datuk yang menjadi pilihan hati Maria? Bertuah sungguh lelaki tersebut dapat Maria yang masih lagi cantik walaupun sudah agak berusia.-beautifulnara

Diana Danielle Lahir Bayi Perempuan Dalam Air

Pelakon Diana Danielle selamat melahirkan bayi perempuan pada 19 November lalu di Hospital Pantai, Bangsar.


Diana Danielle Lahir Bayi Perempuan Dalam Air


Perkara itu disahkan sendiri oleh suaminya, aktor Farid Kamil melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Farid, Diana telah melahirkan anak perempuannya  itu menerusi teknik bersalin dalam air dan mereka berdua berada dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian Online

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikuriakan anak sulung mereka, Muhammad yang kini berusia dua tahun setengah.-astrogempak

Kandungan Siti Nurhaliza Semakin Terserlah

Meskipun Siti Nurhaliza tidak pernah mengakui bahawa beliau sudah berbadan dua,  namun terdapat banyak petunjuk yang mengiyakan desas-desus tersebut.


Kandungan Siti Nurhaliza Semakin Terserlah

Terbaru, sekeping foto yang menunjukkan bentuk badan Siti Nurhaliza yang berisi serta membuncit di bahagian perut telah menjadi bualan ramai di Internet.

Foto tersebut diambil ketika Siti Nurhaliza baru-baru ini mempromosikan  Anugerah Juara Lagu yang ke 30.

Berita tentang kehamilan beliau mula mencuri tumpuan ramai apabila Siti Nurhaliza memuat naik foto beliau meminum susu kambing bersama kurma yang sering diamalkan oleh ibu mengandung kerana khasiatnya.


Kandungan Siti Nurhaliza Semakin Terserlah

Malah, perbuatan Hetty Koes Endang yang mengusap perut Siti Nurhaliza serta melarang beliau untuk tidak terlalu lincah di atas pentas Konsert Satu Suara Volume 2 minggu lalu mengundang pelbagai persoalan.

Tidak mengapalah, mungkin Siti Nurhaliza mengingati pesan orang tua-tua agar tidak terlalu teruja dan mengumumkan kehamilan jika ia masih lagi berada di tahap yang agak awal. Walaubagaimanapun, kami yakin doa seluruh peminat untuk melihat Siti Nurhaliza bahagia dengan kehadiran cahaya mata tidak pernah lekang.-beautifulnara

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Buruk Achey Bocey

Balu pelawak Harun Salim Bachik terpaksa mengambil keputusan membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.


Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Buruk Achey Bocey


Surianti Mohd Nor, 35, berkata, sumber pendapatan menjual produk kesihatan Legasi Hsb tidak mencukupi bagi menampung kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah.

"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan.

"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian arwah pada 8 Mac lalu.

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Buruk Achey Bocey
Surianti (tengah) bersama dua anaknya. Gambar dari Facebook Surianti

Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.
"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, kata Surianti, dia pernah memohon untuk berniaga di karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri artis tetapi tidak dilayan.

Katanya, perkara tersebut membuatkankan dirinya semakin tertekan dan rasa tersisih dari masyarakat.
"Ada beberapa kali saya mohon untuk sertai karnival jualan tetapi tidak dibenarkan pihak penganjur kerana saya bukan artis, walhal isteri artis-artis lain boleh pula.

"Tidak apalah mungkin rezeki saya sudah tidak ada di sini dan saya ingin mula hidup baru di kampung. Anak-anak pula saya sedang dalam proses untuk tukar sekolah mereka di sana," ujarnya.

Surianti berkawin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memilki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.-ehmedia

Tuesday, November 17, 2015

Syarif Bahagia Tanpa Sleeq

Penyanyi Syarif berasa lebih bahagia kumpulan Sleeq yang turut dianggotai oleh Alyph mengambil keputusan untuk berpecah pada September lalu.


Syarif Bahagia Tanpa Sleeq


Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah, 26, berkata, sejak bergerak secara solo dia kini lebih berdikari dalam merencana karier seninya tanpa perlu memikirkan kesan terhadap pihak lain.
"Sepanjang 10 tahun bersama Sleeq saya perlu mengambil kira pandangan Alyph sebelum membuat sebarang keputusan untuk kumpulan kami dan ia bukan satu perkara yang mudah.

"Bagaimanapun saya kini berasa bahagia apabila dapat membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri tanpa perlu memikirkan kesan kepada orang lain," katanya.

Syarif berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Sinaran di GSC Pavillion di sini, Isnin.

Syarif Bahagia Tanpa Sleeq
Sleeq yang dianggotai oleh Alyph dan Syarif berpecah sejak September lalu.


Sinaran yang juga filem pertama lakonan Syarif turut menampilkan barisan pelakon seperti Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah, Nadiah M. Din dan penampilan khas Datuk Sheila Majid akan berada di pawagam bermula 26 November depan.

Bagaimanapun kata Syarif, keputusan meninggalkan Sleeq bukan sesuatu perkara yang mudah tetapi ia perlu dilakukan demi masa depan karier seninya.

Malah kata Syarif, dia masih berasa janggal tanpa kelibat Alyph ketika mengadakan persembahan kerana sudah terbiasa berdua di atas pentas.

Dalam pada itu, Syarif menegaskan punca perpecahan Sleeq bukan disebabkan dia mempunyai masalah dalaman dengan Alyph sebaliknya masing-masing ingin mencari hala tujuan dalam karier masing-masing.

Jelas Syarif, kedua-dua mereka semakin matang sebagai artis dan visi mereka mula tidak sehaluan yang menyebabkan kepada perpisahan tersebut.
"Perpisahan kami bukan kerana kami bergaduh tetapi semata-mata kerana kami sudah tidak sehaluan dalam visi kami sebagai seorang artis.

"Selepas 10 tahun berada dalam industri ini pandangan kami mula berbeza dan sudah tiba masanya kami membawa haluan masing-masing dalam mengejar objektif kami," jelasnya.

Tambah Syarif, hubungannya dengan Alyph masih lagi baik dan tidak timbul isu mereka kini bermasam muka seperti mana dilaporkan sebelum ini.
"Hubungan kami masih lagi akrab malah kami adalah sepupu dan tetap akan berjumpa cuma visi sahaja sudah berbeza," jelasnya.

Bercakap mengenai filem Sinaran, Syarif memberitahu ia adalah filem pertama lakonannya dan berharap ia menjadi titik permulaan untuknya mengembangkan kariernya sebagai pelakon.


Syarif Bahagia Tanpa Sleeq


Jelas Syarif, dia berharap akan mendapat lebih banyak peluang dalam bidang lakonan selain memberi fokus kepada karier nyanyiannya secara solo.
"Alhamdulillah pergerakkan karier selepas Sleeq semakin baik dan saya ingin meneruskan kerjaya dalam bidang seni dengan menerokai lebih banyak cabang seni termasuk lakonan.

"Sinaran menjadi permulaan baik untuk saya dan berharap ia akan membuka lebih banyak ruang kepada saya pada masa hadapan," ujarnya yang akan tampil dengan single pertama pada Januari depan.-mstar

Senarai 30 Lagu Yang Bakal Bersaing Merebut Tempat Ke AJL30

Pejam celik pejam celik Anugerah Juara Lagu buat kali ke 30 (AJL30) bakal menjelma tidak lama lagi. Dijangkakan malam pertandingan muzik penuh berprestij ini akan berlangsung sekitar Januari 2016. Sebelum malam kemuncak AJL30, seperti biasa akan ada beberapa peringkat separuh akhir. Daripada 30 lagu yang dicalonkan, hanya 12 buah lagu sahaja yang akan didendangkan pada malam AJL30.
Senarai 30 Lagu Yang Bakal Bersaing Merebut Tempat Ke AJL30

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 22 November membabitkan 11 buah lagu, diikuti 10 lagu pada 29 November dan sembilan lagu pada 6 Disember. Antara artis-artis yang bakal terlibat ialah Elizabeth Tan, Ayda Jebat, Faizal Tahir dan Amir Jahari. Walau bagaimanapun Yuna yang tercalon dengan lagu Lautan telah pun menarik diri.

Bakal memeriahkan AJL30 ialah tak lain tak bukan kelibat Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hajah Hasmiza Othman atau mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida. Ini kerana produknya Pamoga Qu Puteh bakal menaja anugerah paling dinanti-nanti ini. Diharap tak akan berlaku kekecohan macam tahun lepas. Hehehe. Untuk melihat senarai lagu yang bakal bersaing, sila baca artikel ini sepenuhnya.


Separuh akhir pertama
* Biarkanlah – Drama Band
* Langit Tetap Biru – Aizat
* Untuk Cinta – Hafiz & Adira
* Knock Knock – Elizabeth Tan
* Sampai Mati – Hazama
* Hantu Atau Buaya – Nana Sheme
* Cinta Yang Sempurna – Qanda
* Bukan Hal Aku – Kaka Azraff & Aliff
* Di Pintumu – Firman
* Melepaskanmu – Sakura Band
* Terima Kasih Cinta – Tasha Mansahar menampilkan RJ

Separuh akhir kedua
* Hanya Namamu – Caliph Buskers
* Malam Ini Kita Punya – Bunkface
* Potret – Akim &The Majistret
* Not For Sale -Stacy
* Hey Kau – Sandra
* Syurga – Alyah
* Angin Kencang – Noh Salleh
* #Peristiwa – Sofazr, Asfan dan RJ
*Senyum – Aziz Harun
* Mana Mungkin – Black

Separuh akhir ketiga
* Di Koyak Waktu – Ronnie Hussein
* Selalu Ada – Amir Jahari
* Tak Pernah Menyerah – Dayang Nurfaizah
* Al Nura Yang 5 dan 6 – Mawi, Hazama menampilkan Dali Filsuf
* Assalamualaikum – Faizal Tahir
* Siapa Diriku – Ayda Jebat
* Kau Tercipta – Lah Ahmad
* Nyawaku – Azmil * Linangan Terakhir – Forteen

-beautifulnara

Aaisyah Dhia Rana Terima Bayaran Sehingga Belasan Ribu Ringgit Untuk Drama

Memang hebat betul populariti anak Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana, meskipun baru berusia setahun rezeki buatnya sudah melimpah ruah apabila dibayar belasan ribu ringgit  untuk drama 11 episod. Wow! Bertuah sungguh.


Aaisyah Dhia Rana Terima Bayaran Sehingga Belasan Ribu Ringgit Untuk Drama

Persetujuan telah dibuat antara Che Ta dan pihak produksi untuk kemunculan Aaisyah  didalam drama itu. Buat Che Ta beliau menyifatkan ia sudah rezeki dan takdir untuk anaknya mendapat tawaran tersebut.


Aaisyah Dhia Rana Terima Bayaran Sehingga Belasan Ribu Ringgit Untuk Drama


Sedar bukan semua orang akan menyokong tindakan beliau untuk melibatkan Aaisyah didalam dunia hiburan Che Ta bagaimanapun enggan ambil pusing dengan segala kritikan orang ramai.
    Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa, itu terpulang. Ini semua soal rezeki.

    Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah.


Aaisyah Dhia Rana Terima Bayaran Sehingga Belasan Ribu Ringgit Untuk Drama

Dah rezeki Aaisyah untuk dapat tawaran sebegitu dan kita tidak boleh persoalkan lagi. Ibu bapanya mungkin lebih tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Sekurang-kurangnya nanti Aaisyah ada simpanan yang cukup kukuh demi masa depannya.-beautifulnara

Putri Mardiana & Pasangan Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu. Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama.


Putri Mardiana & Pasangan Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda. Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.


Putri Mardiana & Pasangan Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Sebelum ini, Putri Mardiana mendakwa dirinya telah diperangkap oleh isteri lelaki yang berkhalwat dengannya. Malah Putri Mardiana juga tidak menghadirkan diri ke mahkamah sehingga waran tangkap terpaksa dikeluarkan. Dengan pengakuan bersalah ini, semoga Putri Mardiana menginsafi perbuatannya dan tidak mengulangi lagi perkara ini.-beautifulnara