Monday, December 14, 2015

Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak

Selepas dikritik mengenai status  “potong stim” beliau di Twitter yang seakan kurang senang dengan aksi Dato Seri Vida di program Gegar Vaganza 2 semalam, Fizo Omar menerusi akaun Instagram beliau sebentar tadi telah tampil membuat permohona maaf secara terbuka.


Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak


Jelas Fizo, status beliau itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf jika ada yang merasa tidak selesa dengan “tweet” berkenaan.


Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak


    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ?#?gegarvaganza musim kedua dan juga penaja utama serta pihak astro diatas kejayaan menganjurkan program yg menjadi satu fenomena.

    Sebelum itu saya memohon berbanyak kemaafan seandainya twit sy mlm td membuat ada pihak yg tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ade kaitan dgn mana2 individu yg terlibat seperti yg telah di viral kan.

Dengan rendah diri sya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini.

Bak kata pepatah sebelum buat sesuatu fikir dahulu baik dan buruknya. Apa-apa pun, ok lah Fizo mengakui kesilapan beliau bukan? Jangan kalau dah tahu diri salah masih nak menegakkan benang yang basah…Heh…-beautifulnara

Sunday, December 13, 2015

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua

Penyanyi Siti Nordiana diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua

Kemenangan itu membolehkan Siti Nordiana atau Nana, 31, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000 dan trofi sumbangan Astro.

Selain itu, Nana bakal merakamkan single terbaharunya terbitan Astro.

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua

Penyanyi itu yang menyampaikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain itu turut menerima trofi Persembahan Pilihan Penonton dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, Faradhiya berada ditempat kedua manakala bekas vokalis kumpulan Exists terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.

Faradhiya menerima RM50,000, pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala Ezad membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Jogjakarta dan trofi sumbangan Astro.

Dalam perkembangan sama, penyanyi Nassier Wahab mendapat tempat keempat, Acong (kelima) dan Haiza (keenam).Nassier membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan sumbangan Astro.

Acong pula membawa pulang RM10,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala Haiza menerima RM5,000, pakej percutian ke Lombok bernilai RM6000 dan trofi sumbangan Astro.

Kesemua peserta pada malam itu diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Terdahulu Jamal membuka tirai konsert akhir tersebut dengan persembahan tiga lagu medley iaitu Ghazal Asmara, Ghazal Untuk Rabiah dan Samrah Mentari.

Dewan MBSA sebelum itu gamat apabila pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida bersama-sama pengacara Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagu Kerja Gila.

Gegar Vaganza disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro HD (123).-mstar

Friday, December 11, 2015

Sarimah Ibrahim Sudah Hamil?

Lebih setahun mendirikan rumahtangga pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim, 37, akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan Tunku Jamie.


Sarimah Ibrahim Sudah Hamil?


Malah Sarimah Ibrahim berkata keterujaan untuk menimang cahaya mata menyebabkan dia dan suami sudah pun menyenaraikan nama-nama pilihan untuk bakal anak mereka nanti.
“Setiap pasangan pasti menginginkan cahaya mata setelah mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan kami.

“Usia saya pun dah lewat. Saya tak mahu tunggu lama-lama. Kami tidak merancang dan hanya menyerahkannya kepada Tuhan.

“Kami pun sebenarnya dah bincang nama anak dan mula menyenaraikannya. Jadi senanglah kalau kami dikurniakan cahaya mata nanti, kami sudah ada nama,” katanya kepada murai.com.my.

Sarimah ditemui selepas sidang media web show terbarunya Sarimah’s 2 Sen di The Canvas, Damansara kemarin.

Bercakap mengenai program web show terbarunya itu, Sarimah memberitahu di dalam rancangan itu dia akan membincangkan sesebuah topik berdasarkan pengalamannya sendiri.

Pengalaman yang akan dikongsi termasuklah mengenai hal peribadinya sendiri seperti hal rumahtangga dan sebagainya.
“Saya telah lama memikirkan bagaimana untuk para peminat saya, jadi apabila produser Lina Tan mencadangkan saya menyampaikan rancangan saya sendiri, saya bersetuju.

“Menerusi rancangan ini saya akan menampilkan personaliti serta pendapat saya sendiri. Saya akan mampu mengulas tentang pelbagai perkara dengan telus, terang dan menghiburkan.

“Saya pun akan terbuka bercerita mengenai pengalaman rumahtangga saya jika seseuatu topik itu ada berkaitan. Mana tau, jika ditakdirkan saya hamil satu hari nanti, saya akan umumkannya sendiri menerusi web show ini,” jelasnya.

Sarimah’s 2 Sen akan bersiaran selama kurang limit setiap episode menerusi siaran TV online iaitu FFEFO.TV mulai 7 Disember lalu.

Kekerapan setiap episod akan ditayangkan mengikut maklum balas daripada peminat dan penonton di TV online dan Youtube.-murai

Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

Sebelum Pak Yus meninggal dunia pada 30 November lalu, arwah adalah salah seorang peserta dalam pentas Juara Parodi yang disiarkan di Astro Warna. Arwah bersama kawan baiknya, Tauke (Jambu) dan Misha Omar berada dalam satu kumpulan yang dinamakan Kobis Pedas. Namun, selepas ketiadaan arwah, nampaknya Tauke dan Misha telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pentas itu.


Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

Melalui muat naik di instagram Tauke, dia menyatakan bahawa kumpulan Kobis Pedas akan menarik diri dari Juara Parodi, pada masa yang sama beliau meminta pandangan peminatnya mengenai keputusan yang telah dibuat itu.


Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

    Kata-kata Tauke dalam instagramnya, “Kobis pedas dah buat keputusan utk menarik diri dalam program #juaraparodi ada kah patut kami teruskan?? atau kami berhenti setakat ini?? korang boleh berikan pendapat.”

Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?

Ramai peminatnya menyarankan supaya dia meneruskan perjuangan kumpulan Kobis Pedas walaupun selepas ketiadaan arwah Pak Yus. Rata-rata peminatnya memberi dorongan  dan kata-kata semangat supaya dia meneruskan perjuangan dalam pentas Juara Parodi.

Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi?


Nampaknya semalam Tauke telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Kobis Pedas demi peminatnya. Kami mendoakan supaya Tauke terus tabah untuk hadapi perjalanan yang pedih ini selepas kehilangan arwah Pak Yus.  Al-fatihah!-gosipmalaysia

Gambar Adik Beradik Nora Danish Yang Belum Pernah Dilihat Di Media

Siapa yang tidak kenal dengan artis paling popular di Malaysia iaitu Nora Danish, seringkali mencetuskan kontroversi panas. Beliau yang berpewatakan fizikal kecil molek serta memiliki rupa paras yang menarik sememangnya menjadi kegilaan ramai peminat!


Gambar Adik Beradik Nora Danish Yang Belum Pernah Dilihat Di Media

Untuk pengetahuan Nora Danish mempunyai 4 orang adik-beradik dan Nora Danish adalah paling bongsu antara mereka.

Kesemua adik-beradik Nora Danish adalah perempuan. Wajah mereka pun lebih kurang sama sahaja. Selain Nora, seorang lagi kakak Nora Danish iaitu Nadya Danish juga boleh dikatakan popular juga.

Jom lihat wajah mereka berempat:


Gambar Adik Beradik Nora Danish Yang Belum Pernah Dilihat Di Media

Gambar Adik Beradik Nora Danish Yang Belum Pernah Dilihat Di Media

Gambar Adik Beradik Nora Danish Yang Belum Pernah Dilihat Di Media

Gambar Adik Beradik Nora Danish Yang Belum Pernah Dilihat Di Media


Sumber : gosipmalaysia

Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Fad Bocey dan isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata kembar pertama mereka. Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon dan pelawak Jihan Muse di akaun Instagram miliknya.

Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar


“Dik, besaq sangat dah adik kak dari sekolah sampai da masuk U, sampai bercinta frust, kahwin sampai pregnant tuptup deliver sekali kembaq anak adik. Cepatnya masa berlalu. Dalam pada adik blur-blur, lost banyak benda taktau tanya macam-macam sampai kak nengok adik matang dah”

“La jadi ibu dah pun . Indah sangat perjalanan hidup adik Tuhan tu aturkan. Tahniah dik! Kak sayang adik kak happy for u dik,” luah Jihan di Instagram. Sementara itu, peminat mereka tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar

Semoga keluarga kecil Fad Bocey dan isteri akan sentiasa dilimpahi rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan mereka. Fad dan isteri tidak akan sorok anak’kan?-rotikaya

Foto Che Ta Dan Zain Saidin Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket

Pada 11 Disember 2013 merupakan tarikh di mana Rozita Che Wan atau Che Ta telah selamat diijabkabulkan bersama dengan suami tercinta, Zain Saidin dan tahun ini, pasangan tersebut meraikan ulangtahun kedua perkahwinan mereka di Phuket, Thailand.


Foto Che Ta Dan Zain Saidin Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket

Perkara itu dikongsikan bersama oleh pelakon dan juga usahawan ini di laman Instagramnya dan turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat setia. Jika dilihatkan kepada gambar Che Ta, pemergian ke Phuket itu juga turut diikuti oleh teman rapat mereka.

Foto Che Ta Dan Zain Saidin Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket

Sedar tidak sedar, sudah dua tahun pasangan ini bersama dan cahaya mata comel, Aaisyah pun turut serta dalam perjalanan mereka kali ini. Apa pun, semoga pasangan ini akan sentiasa kekal bahagia dan jika tidak salah kami, Zain pernah pujuk Che Ta untuk hamil lagi sebelum ini. Good luck Zain.
Foto Che Ta Dan Zain Saidin Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket

Foto Che Ta Dan Zain Saidin Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket

Foto Che Ta Dan Zain Saidin Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket

Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?

Pada 20 November baru-baru ini, Shukri Yahaya dan juga Tya Adnan sudah pun selamat diijabkabul dan bergelar suami isteri yang sah. Namun apa yang lebih menggembirakan peminat pasangan ini adalah apabil Tya tampil mengenakan hijab dalam muatnaik terbaru di laman Instagram.


Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?


Perkara tersebut disambut baik oleh peminat Tya Adnan dan ada juga yang mendoakan agar pelakon dan juga model ini beristiqamah dalam menjalankan tuntutan agama tersebut selain memberi sokongan kepada Tya.


Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?

Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kini Berhijab Penuh?

Selain itu, sebelum ini Shukri sendiri pernah meyatakan hasrat untuk membawa isterinya itu menunaikan umrah sebelum mereka berbulan madu. Sweet sangatlah Shukri Yahaya ini, mana lagi mahu dapat lelaki macam ini?
“Sebelum pergi berbulan ma­du, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun”

“Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Utusan Online sebelum ini. Semoga perancangan keluarga ini dalam menuju kebaikan akan sentiasa dipermudahkan.-rotikaya

Caliph Buskers Hasrat Beli Van Sendiri

Kumpulan Caliph Buskers berhasrat untuk membeli sebuah van bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti seni.


Caliph Buskers Hasrat Beli Van Sendiri


Vokalisnya Azmi Saat, berkata, buat masa ini mereka masih mengumpul duit persembahan untuk perkara tersebut, selain masih lagi menyewa van untuk ke mana-mana lokasi persembahan.
 
"Insya-Allah, memang kami rancang untuk beli van, sekarang masih lagi proses mengumpul duit sedikit-sedikit.

"Kalau ada van sendiri senang sikit untuk bergerak ke lokasi persembahan, buat masa ini macam dulu, kami sewa sahaja jika ingin kemana-mana," ujarnya kepada mStar Online.

Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Adlun, Zaki Ismail, Nirwan Zainal abidin dan Nadira Rubiana.

Dalam pada itu, Caliph berkata, hampir setahun dikenali sebagai artis, rezeki undangan membuat persembahan tidak pernah putus.
"Alhamdulillah, setahun ini memang kehidupan kami agak sibuk dengan undangan persembahan. Kadang-kadang ada yang kami terpaksa tolak dengan berat hati kerana jadual bertindih," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang persiapan ke Anugerah Juara Lagu 30 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2016 menerusi lagu Hanya Namamu, Azmi berkata, dia akan ke kelas vokal bagi membaiki mutu nyanyiannya.

Katanya, lagu tersebut agak sukar dinyanyikan berbanding lagu lain.
"Hanya Namamu agak tinggi berbanding lagu lain, kalau ingin nyanyi dengan nada yang betul saya perlu ke kela vokal supaya tidak sumbang.

"Lagu ini perlu dinyanyikan dengan teknik yang betul, jika tidak tekak cepat kering," katanya.-mstar