Friday, December 11, 2015

Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Fad Bocey dan isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata kembar pertama mereka. Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon dan pelawak Jihan Muse di akaun Instagram miliknya.

Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar


“Dik, besaq sangat dah adik kak dari sekolah sampai da masuk U, sampai bercinta frust, kahwin sampai pregnant tuptup deliver sekali kembaq anak adik. Cepatnya masa berlalu. Dalam pada adik blur-blur, lost banyak benda taktau tanya macam-macam sampai kak nengok adik matang dah”

“La jadi ibu dah pun . Indah sangat perjalanan hidup adik Tuhan tu aturkan. Tahniah dik! Kak sayang adik kak happy for u dik,” luah Jihan di Instagram. Sementara itu, peminat mereka tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar

Semoga keluarga kecil Fad Bocey dan isteri akan sentiasa dilimpahi rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan mereka. Fad dan isteri tidak akan sorok anak’kan?-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →