Tuesday, December 22, 2015

Sherry Ibrahim Dedah Punca Kemalangan Redza Rosli

Menurut Sherry, sebelum kejadian, dia menaiki kereta bersama pelakon, Izreen Azminda manakala Redza memandu keretanya bersendirian serta bergerak secara konvoi dari Perlis ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran drama Kak Mar.    

Sherry Ibrahim Dedah Punca Kemalangan Redza Rosli

"Semua berlaku sekelip mata dan terlalu pantas," demikian reaksi pelakon jelita, Sherry Ibrahim ketika menceritakan detik cemas kemalangan yang menimpa pelakon, Redza Rosli, 23 di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, di Ipoh, awal pagi tadi.

"Bayangkan, kereta Redza berada betul-betul di hadapan kereta kami berdua. Kami menjerit sambil membunyikan hon ketika melihat kereta Redza yang pada awalnya berada di laluan paling kanan bergerak perlahan ke cerun bukit di sebelah kiri lebuh raya," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
 
"Kami bergerak pulang dari Kangar sekitar jam 10 malam (Isnin) dan berhenti rehat di kawan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol. Redza ada mengadu mengantuk dan saya ada tawar diri untuk memandu secara bergilir-gilir.

"Kami bertiga terpaksa pulang awal kerana masing-masing mempunyai komitmen lain pada pagi ini," katanya.

Terdahulu, kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka selamat.
"Alhamdulillah, kami semua okay," tulisnya.

Ketika ditanya mengenai posting Izreen di media sosial yang menyebabkan ramai peminat keliru yang mengatakan kedua-dua pelakon cantik itu yang kemalangan, Sherry berkata, ia adalah makluman awal kepada tim produksi tentang kejadian yang menimpa mereka.
"Untuk makluman, Izreen membuat posting itu untuk maklum kepada tim-tim produksi kesulitan yang kami alami.

"Tambahan pula, kejadian berlaku jam 3.30 pagi. Dalam keadaan jalan yang sunyi dan gelap. Kami berdua masih terkejut melihat keadaan Redza yang tidak sedarkan diri.

"Mujurlah ada beberapa penunggang motosikal yang membantu kami mengeluarkan Redza dari kereta. Kami lebih berdebar melihat enjin kereta Redza dah berasap. Bantuan tiba jam 6.00 pagi," jelasnya lagi.

Tambah Sherry lagi, dia menerima banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas dari rakan-rakan dan ahli keluarga mengenai kejadian.
"Saya ucap terima kasih atas doa kalian semua. Alhamdulillah, syukur kami semua selamat. cuma perlu ambil sedikit masa untuk berehat selepas kejadian. Saya masih belum tidur," ujarnya lagi.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo! Redza memberitahu dia hanya memandu dengan kelajuan 80 kilometer sejam dan dia tidak tahu bagaimana boleh terbabas berhampiran terowong tersebut.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku kerana pengsan. Saya diselamatkan oleh orang ramai kerana pintu kereta tidak dapat dibuka," katanya lagi.-sinarharian

Baby Bump Eina Azman Yang Sedang Hamil 6 Bulan

Tidak pernah memberikan sebarang kenyataan yang beliau telah pun hamil anak pertama, baby bump Datin Paduka Eina Azman semakin terserlah apabila kandungan beliau kini sudah memasuki bulan yang keenam.


Baby Bump Eina Azman Yang Sedang Hamil 6 Bulan

Ramai juga yang memuji Eina tampak sungguh berseri dan bertenaga meskipun sedang sarat mengandung. Malah, beliau dan suami Dato Paduka Kaiser Gurmeet sempat meluangkan masa bersama-sama dengan bercuti ke London dan Paris baru-baru ini.

Baby Bump Eina Azman Yang Sedang Hamil 6 Bulan

Kami pasti sudah ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi Eina. Apa-apa pun kami berharap segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.-beautifulnara

Lagi Foto Baby Bump Eina Azman Disini

Foto Terbaru Scha Al Yahya dengan Babybump

Foto Terbaru Scha Al Yahya dengan Babybump dan Lara alana akan dapat adik? | Itu antara komen-komen netizen apabila melihat foto terbaru Scha yang dimuatnaik melalui instagram Lara alana.


Foto Terbaru Scha Al Yahya dengan Babybump


Jika benar seperti yang di dakwa, Alhamdulillah. Lara alana bakal dapat adik. Mesti comey macam Lara kan?

Namun, segala persoalan peminat akhirnya terjawab apabila Scha memaklumkan itu adalah antara adegan lakonan di dalam drama terbarunya.

Alana Sofea 7months pregnant in Khadija @clothesology available at @garderobehaus
She’s not pregnant. Ini dalam cerita isteri vs tunang yang dia berlakon, alana sofea (watak dia dalam cerita tu) yg pregnant. Apa pun kami doakan semoga Laraalana akan dapat adik nanti ok!!!-duniasimple
A photo posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Monday, December 21, 2015

Hairul Azreen Syukur Bakal Timang Cahaya Mata

Pelakon lelaki Hairul Azreen dan juga suami kepada Hanis Zalikha melahirkan rasa yukur ke hadrat ilahi kerana isterinya yang tersayang kini sudah pun hamil 4 bulan.


Hairul Azreen Syukur Bakal Timang Cahaya Mata


Kegembiraan Hairul itu dikongsikan menerusi laman instagram yang menjadi tatapan pengikutnya untuk mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Berikut adalah kapsyen yang ditulis oleh Hairul di Instagramnya:-

Hairul Azreen Syukur Bakal Timang Cahaya Mata


“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan.”

Perkhabaran gembira ini sudah semestinya menjadi anugerah yang amat berharga buat kedua-dua belah keluarga pelakon.

Semoga Hanis sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera sehingga saat anak sulung mereka dilahirkan. Amin… -murai

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora

Pejam celik, pejam celik putri kesayangan dan anak kedua pasangan pelakon terkenal Diana Danielle dan Farid Kamil sudah berusia sebulan.

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora


Diana dengan rasa terbuka telah berkongsi gambar anaknya, Nur Aurora di laman Instagram miliknya untuk dikongsikan bersama peminatnya.

Berikut adalah kapsyen yang ditulis Diana di Instagram miliknya:

“Assalamualaikum, Hello everyone! Let me introduce to you my lovely little daughter… Happy One Month old my darling Nur Aurora! You are our biggest blessing along with your brother Muhammad. I’m very lucky to have such a calm and happy baby. Syukur Ya Allah for my little family,” jelas Diana

Hasil fotografi yang diusahakan oleh Camora Arts nampak begitu comel dan menarik sekali yang bertemakan animasi Snow White.

Jom kita lihat koleksi foto-foto Nur Aurora yang bersahaja di hadapan lensa kamera.-murai

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora

Diana Danielle Kongsi Gambar Putrinya, Nur Aurora

Punca Hubungan Cinta Fathia Latiff dan Aiman Hakim Berakhir

Pada bulan Mei lalu, Aiman Hakim sendiri pernah menyatakan hasratnya untuk menikahi Fathia Latiff dalam masa yang terdekat namun kini hanya tinggal kenangan apabila kekasihnya itu menjelaskan status hubungan mereka ketika ini.

Punca Hubungan Cinta Fathia Latiff dan Aiman Hakim Berakhir


“Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman. Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang”

“Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami. Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan”


“Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh,” jelas Fathia kepada BH Online.

Sebelum ini, Fathia ada juga mengatakan bahawa sikap cepat merajuknya membuatkan dia putus cinta sebelum ini tapi siapa tahu mungkin mereka akan kembali bersama, sekali lagi. Apa pun, semoga Aiman dan Fathia masing-masing tabah untuk move on.-rotkiaya

Adira AF Akui Kahwini Datuk, Kini Jadi Isteri Kedua

Tidak mahu terus bersembunyi daripada status sebenar, penyanyi Adira AF mengesahkan bahawa dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.


Adira AF Akui Kahwini Datuk, Kini Jadi Isteri Kedua


“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak”

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” jelasnya mengenai perkara tersebut kepada Harian Metro.


Berita mengenai perkahwinan Adira mengenai Adira bersama ahli perniagaan ini tersebar minggu lalu setelah perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri pertama Datuk tersebut melalui akaun Facebook.-rotikaya

Thursday, December 17, 2015

Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Perkongsian gambar Adira AF baru-baru ini di Instagram bersama seorang wanita bagaikan merungkai jawapan kepada persoalan siapakah wanita tersebut. Dakwa sumber kepada kami, khabarnya Adira bakal menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki berpangkat Dato’.


Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Selain itu, perbualan di laman sosial Facebook juga seperti mengiyakan perkara tersebut. Apa yang menarik perhatian, isteri pertama kepada Dato’ itu juga kelihatan redha dan merestui perkara tersebut.


Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

Jika benar apa disampaikan ini, pastinya ia sesuatu yang baik buat Adira dan semoga rumahtangga yang dibina bahagia hendaknya. Apa pun, Adira pastinya mempunyai jawapan yang sebenar mengenai perkara ini.-rotikaya

Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?

Heboh ketika ini diperkatakan di media sosial, artis dan usahawan jelita Neelofa sudah sah menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato Seri Shafie Afdal.


Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?

Setakat ini belum Neelofa belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung isu, ini namun daripada komen-komen di instagram miliknya dapat disimpulkan bahawa cerita ini lebih kepada cakap-cakap kosong pihak yang mencari publisiti murahan.

Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?

 Hmmm... adatlah bila berada dalam dunia artis kan. Apa pun, Neelofa memang antara usahawan yang semakin berjaya dari hari ke hari.. Dalam banyak-banyak artis yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Lofa antara artis yang paling terkenal dengan mengeluarkan satu jenama tudungnya sendiri iaitu Neelofar Hijab..

Laporan daripada BBC, penjualan tudung jenama Neelofar yang dikeluarkan oleh pelakon dan pengacara jelita tanah air itu telah mencecah RM50 Juta iaitu dua kali ganda dari jangkaannya.

Jenama tudungnya yang mempunyai hampir 700 pengedar sah termasuk di Brunei, London, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Belanda tidak dapat menghalang dirinya dari dikatakan sebagai isteri ketiga orang kenamaan.

Tetapi, orang tak semudahnya terus percaya dengan gosip itu.. Iyerlah, kalau Lofa dah kahwin dengan VVIP sekalipun.. Takkan Lofa nak jadi isteri nombor tiga? Dia pun dah boleh dikategorikan sebagai seorang jutawan dan rasanya Lofa dah tak perlu nak cari seorang VVIP untuk tumpang kekayaan dengan menjadi isteri ketiga..

Biasalah tu manusia, tak boleh nak tengok orang senang sikit.. Ada saja fitnah yang mahu disebarkan untuk menjatuhkan kejayaan orang lain..-belaibangkit