Sunday, September 14, 2014

Mesej Mengejutkan Jihan Muse Kepada Shila Amzah

Jihan Muse merupakan kawan kepada penyanyi antarabangsa Shila Amzah. Di laman sosial, Jihan Muse ada memberi komen dan mesej khas kepada Shila Amzah.


Mesej Mengejutkan Jihan Muse Kepada Shila Amzah, info, terkini, hiburan, sensasi, jihan muse, shila amzah

Jihan ternyata kagum dan melabel Shila Amazah sebagai diva. Hebat pencapai Shila Amzah ni.

Jom baca komen Jihan Muse:

I'm a FAN of my FRIEND. My @shahilaamzah . Kau HEBAT ca. Sangat! Semalam melihat fans kau yg berjenis dan superpack dah mcm pegi konsert artis hongkong aku kagum. 

Melihat kau di atas pentas aku senyum sampai ke telinga. Jantung aku berdegup mcm nak pecah (yg tu sbb speaker tu la). Melihat progress kau dari dulu sampai apa yg kau beri smlm aku bangga ca. Aku tau ramai lg yg bangga dgn kau. Kau improved a lot ca. Sbb mmg kau budak bijak. Sangat! 

Menitis airmata abang2 aku sbb sangat bangga dgn kau. Sememangnya kau lah diva muda Malaysia, China, Korea, Pakistan and semua la negara yg kau nak takluki. Aku support kau totally 101% (spare 1% in case). 

Banyak lg aku nak tulis utk kau tp aku rasa kau pun dah tau kan telepati kita kuat. Kau adik besar aku yg sangat awesome terus ke depan ca jgn toleh2 lagi terus jelajah apa yg kau angankan. Mcm aku lain kuat berangan. Anasir mmg akan sentiasa ada kau FOCUS je virus dan wabak jahat akan hilang sendiri. 

Aku doakan kejayaan dan kebahagiaan kau SUPERSTAR. #LoveLiveInMalaysia with all my heart i ️ u sister.


Mesej Mengejutkan Jihan Muse Kepada Shila Amzah, info, terkini, hiburan, sensasi, jihan muse, shila amzah

Good luck kepada Jihan Muse dan Shila Amzah, Dua-dua memang hebat di dalam bidang masing-masing.


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Thursday, September 4, 2014

Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?

Pelakon Nas T mengakui adakalanya berasa cemburu melihat rakan-rakannya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi menyerahkan persoalan jodoh kepada takdir.


Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, gosip,


Dipetik daripada laporan Sinar Harian, pelakon berusia 31 tahun ini yang masih belum mempunyai calon yang sesuai turut tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mengakhiri zaman bujangnya.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga? Hampir semua rakan-rakan saya sudah berkahwin dan punya anak. Ia membuatkan saya sedikit cemburu.

"Tapi soal cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan InsyaAllah sekiranya dipertemukan dengan wanita yang sesuai pasti saya akan berkahwin," ujarnya.


Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, gosip,


Nas T dan Nabila Huda pernah menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2013.

Pemilik nama sebenar Nas Muammar Zar Nasruddin ini turut mengakui dia semakin cerewet dalam memilih pasangan kerana pengalaman lalu banyak mengajarnya.

Mengimpikan wanita yang lasak dan 'gila-gila' sepertinya, bekas kekasih kepada aktres Nabila Huda ini turut memberitahu ada rakan-rakan yang membantunya mencari pasangan, tetapi rezeki jodoh masih belum berpihak kepadanya.

Bercerita tentang perkembangan karier seninya, Nas T yang mula dikenali menerusi filem "Goodbye Boys" dan siri televisyen "Kami" memberitahu rezekinya semakin murah selepas bergelar pemenang "Fear Factor Malaysia" musim kedua.

Dia juga sedang terlibat dengan program hiburan "Suka Lattew" bersama Alif Satar dan Shahrol Shiro di saluran Astro.

Sumber : tupai.com.my

Foto pegang Alat Sulit Julia Perez undang kontroversi

Foto pegang Alat Sulit Julia Perrez undang kontroversi | Bukan Julia Perez namanya kalau tak timbulkan kontroversi yang sensasi. Mantan kekasih Gaston Castano itu sering memuat naik foto kontroversinya melalui akaun Instagram beliau.


Foto pegang Alat Sulit Julia Perez undang kontroversi , info, terkini, hiburan, artis indonesia, julia perez, Jupe, sensasi, kontroversi artis indonesia

Beberapa hari yang lalu, artis seksi ini kembali mengundang kontroversi. Beliau telah memuat naik sekeping foto yang yang membuatkan peminat-peminatnya tercengang dan masing-masing berlumba melontarkan komen.

Foto yang memaparkan tangan beliau dibahagian sulitnya menggemparkan peminat. Caption yang ditulis juga cukup untuk membuatkan suasana menjadi bertambah panas.


Foto pegang Alat Sulit Julia Perez undang kontroversi , info, terkini, hiburan, artis indonesia, julia perez, Jupe, sensasi, kontroversi artis indonesia

"kalau anda lihat gambar ini 'bergerak', artinya anda stress kaga dapet jatah," tulisnya diakhiri dengan sebuah emoticon tertawa.

Sumber : pilihan-anda.blogspot.com

Shaheizy Sam Terlantar Di Hospital, Suspek Denggi

Shaheizy Sam Terlantar Di Hospital, Suspek Denggi | Hari ini merupakan hari kelahiran buat pelakon filem popular Shaheizy Sam.


Shaheizy Sam Terlantar Di Hospital, Suspek Denggi , info, terkini, hiburan, pelakon popular suspek denggi, sensasi

Namun pelakon versatile ini kini terlantar di hospital akibat demam panas.

Diagnosis awal Shaheizy Sam berdasarkan symptoms dan gejalanya menunjukkan di mungkin menghidap Viral Fever ataupun Denggi.

Shaheizy Sam Terlantar Di Hospital, Suspek Denggi , info, terkini, hiburan, pelakon popular suspek denggi, sensasi

Hiburan, info, pelakon popular suspek denggi, sensasi, Shaheizy Sam Terlantar Di Hospital, Suspek Denggi, terkini,

Jom doakan birthday boy ini cepat sembuh dan kembali sihat. InsyaAllah.

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Pelik ! Almy Nadia Alahan Makan Nasi

Tinggal sahaja beberapa bulan lagi, pasangan pelakon Fizz Fairuz dan isterinya Almy Nadia, bakal melahirkan anak sulung mereka dan kini usia kandungannya telah masuk ke 15 minggu dan sepanjang kandungannya itu, dia dikatakan tidak makan nasi dan berasa alahan untuk menjamah nasi beserta lauk-pauk yang lain. Pendek kata dia tidak boleh makan masakan melayu.


Almy Nadia Alahan Makan Nasi , info, terkini, hiburan, pelakon almy nadia mempunyai alahan pelik, sensasi,


“Usia kandungan sudah memasuki 15 minggu dan sepanjang itu saya sudah bertambah berat badan daripada 55kg ke 63kg sekarang ini. Saya sudah tidak ada lagi masalah alahan cuma pemakanan saya berubah apabila saya suka makan benda-benda seperti sushi, salad, subway dan lebih kepada makanan barat”

“Saya tak boleh makan nasi atau masakan kampung lain dan itu mungkin terjadi disebabkan saya tengah mengandung sekarang ini,” katanya yang ditemui semasa Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur kelmarin.

“Saya memang mengidam sangat-sangat telur penyu dan akhirnya saya dapat makan telur penyu daripada Sabah sebanyak 5 biji selepas direbus,” katanya ringkas.


Almy Nadia Alahan Makan Nasi , info, terkini, hiburan, pelakon almy nadia mempunyai alahan pelik, sensasi,


Almy yang akan berpantang mengikut cara tradisional sepenuhnya selepas ini telah mendapat pelbagai tips daripada ibunya sendiri, malah ibu mertuanya juga. Dia turut menjelaskan bahawa semenjak mengandung ini, emosinya tidak menentu dan kadangkalanya kurang stabil.

“Saya ada bertanyakan beberapa tips daripada ibu dan juga ibu mertua saya, mereka kata kalau nak cantik mestilah ikut pantang cara tradisional. Ya kadangkalanya emosi saya tak menentu dan cepat sangat rasa sensitive tetapi apabila saya bertanyakan pada orang-orang yang pernah mengandung sebelum ini, mereka mengatakan itu adalah normal bagi setiap wanita yang mengandung,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber : rotikaya.com

Alyah Muatnaik Gambar Akaun Pengikut Biadap Di Instagram

Penyanyi, Alyah, baru-baru ini telah memuat naik gambar yang menunjukkan komen biadap oleh peminatnya di laman Instagram miliknya.


Alyah Muatnaik Gambar Akaun Pengikut Biadap Di Instagram, info, terkini, hiburan, kontroversi Ramli MS dan Alyah, sensasi,


Komen biadap tersebut dikatakan berkait dengan kontroversi pernikahan yang telah malanda Alyah tapi penampilan Alyah di gambar profilnya tidak sesuai dengan keadaan itu.


Alyah Muatnaik Gambar Akaun Pengikut Biadap Di Instagram, info, terkini, hiburan, kontroversi Ramli MS dan Alyah, sensasi,


Selain itu, Alyah juga memuat naik gambar akaun lelaki berkenaan dengan caption:


Alyah Muatnaik Gambar Akaun Pengikut Biadap Di Instagram, info, terkini, hiburan, kontroversi Ramli MS dan Alyah, sensasi,



“Nampak terpelajar tapi syg dlm hati ada hasad dengki n suka ckp sesuatu yg negetive di kawasan orng. saya ok saja cuma saya nak dia tahu jgn sesekali masuk rumah orng dan sewenang wenangnya txt sesuatu sesuka hati.sekali lagi saya ulangi mahu caci saya di tempat lain tiada hak saya atau kuasa saya.tapi bila masuk rumah saya dan melakukan sesuatu yg mencalar maruah saya.saya akan bangun pertahankan.ingat!!!!!diam saya bukan saya takut dgn orng mcm ni diam saya kerana saya tahu kebesaran Allah swt buat saya….”


Sumber : SiakapKeli.com

Komen Felixia Yeap Pada 'Haters' Tegarnya

Nah.. setepek Felixia Yeap kasi pada mereka yang tak henti-henti mengeji dan mengutuk penghijrahan yang dilakukan, baik daripada pegangan agamanya mahupun penampilannya.

Komen Felixia Yeap Pada 'Haters' Tegarnya, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, sensasi,

Bukan apa, mungkin si gadis manis ni pun dah jelak melihat insan-insan yang terus-menerus membuat perbandingan dirinya yang dahulu dan sekarang. Yeah. Please move on haters.

Bagaimanapun, tidak semua netizan berperangai sebegitu. Menerusi status yang dimuat naik kira-kira sejam yang lalu, luahan perasaan model ini mendapat sokongan lebih 5000 orang pengikut Facebooknya. Jom baca apa lagi yang dikatakan dalam status tersebut.

Komen Felixia Yeap Pada 'Haters' Tegarnya, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, sensasi,


Penampilan Felixia seringkali menjadi perdebatan netizen

    Yesssss…I am a former Playboy model and former Playboy Bunny.

    So…any problem?

    No…I’m not embarrassed of my past, because without that journey in my life, I wouldn’t have realized how much more beautiful it is to cover my aurah, and how wonderful it is to have found tawbat in my heart.

    You guys can go ahead and slam me with my past and for keeping some of my old modeling photos.

    It is my dakwah point…that if someone like me could change for the better, so can the rest.

    If you think it is “humiliating” and “disgusting” for me to do this (to keep mentioning my past and keeping my old modeling photos), don’t worry. At least it’s just me doing it, not you, because who else can do this side of the dakwah but someone with a past like mine?

    How many women out there are willing to sacrifice and show their past to others in hope that it could switch on some sort of repentance in their hearts and to bring them closer to be their better selves, closer to Allah SWT?

    Yes, I’m still modeling now and I’d be continuing for as long as I can as a Muslimah model and actress.

    You might say it’s better for a woman (especially) to stay low profile and quit herself from the modeling/entertainment world if she is really sincere to change and be a better person, and hide her face and past from the rest of the world…but then, who is gonna continue the dakwah in this industry?

    You???

    Look at the greater good.
    Don’t judge so shallowly.

Rasanya apa yang diperkatakan oleh Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania ini ada asasnya. Tak patutlah kita nak mengadili seseorang menerusi kisah kehidupannya yang lalu kan.

Kan lebih baik kalau kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk saudara Muslim baru ini dan sama-sama berubah ke arah kebaikan.  Sedangkan Allah SWT pun menerima taubat umatNya, inikan kita manusia biasa. Betul tak?

Sumbner : ohbulan.com

David Teo Sedia Bantu Jika Aeril-Wawa Kesempitan Hidup

Perang dingin masih belum tamat nampaknya! Bermula daripada isu kahwin rahsia antara Aeril Zafril dan Wawa Zainal sehinggalah isu kehilangan kereta model Suzuki Swift mereka nama David Teo masih disebut-sebut.


David Teo Sedia Bantu Jika Aeril-Wawa Kesempitan Hidup, info, terkini, kontroversi pelakon, gosip, sensasi,

Jika semalam kami dah update mengenai kenyataan yang dibuat oleh Aeril di laman statusnya yang mahu pihak MIG atau David Teo memulangkan dokumen serta pakaian mereka dalam kereta yang ‘hilang’ itu, hari ini David Teo pula menceritakan kisah bagi pihaknya.


Ha.. kalau dibaca daripada apa yang ditulis oleh Gua ni, David Teo pun masih mengekalkan pendiriannya mengenai isu ini, malah menganggap dirinya sebagai bapa angkat pasangan terbabit.

David Teo Sedia Bantu Jika Aeril-Wawa Kesempitan Hidup, info, terkini, kontroversi pelakon, gosip, sensasi,

Hari tu Wawa Zainal ‘bising’ di Twitter pasal kereta, sekarang ni Aeril Zafril pula! Huhu

    “Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu menjemput Wawa datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru dan kereta tersebut sekiranya Wawa benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa pada 18 Februari 2014. Dalam surat itu, Wawa mendakwa dia kini keluar dari pengurusan MIG untuk bergerak sendiri dan Wawa tiada kena mengena, tidak perlu dicari dan dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa masih ada kontrak dengan MIG sehingga 2015.

    Pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak syarikat oleh pihak Aeril, namun sebagai bapa angkat yang pernah memimpin, membimbing dan membantu pasangan tersebut, saya masih bertolak ansur walaupun pihak syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka berdua atas fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak syarikat dan saya sendiri melalui media sosial seperti Instagram. Kesabaran setiap individu ada hadnya, jadi saya ingin menasihatkan terutamanya kepada Aeril supaya menghentikan segala fitnah dan dakwaan tak berasas kepada pihak syarikat dan saya sendiri.”

Panjang lebar nampaknya penjelasan David Teo ni. Tak cukup dengan tu, bos kepada syarikat MIG ini menjemput pasangan ini ke pejabatnya untuk berbincang dan sedia membantu jika mereka mengalami kesempitan hidup.

Tegang juga suasana yang berlaku antara mereka ni. Apapun, kes ini telah pun berada di dalam siasatan polis. So, kita tunggu je lah apa keputusan yang akan dibuat nanti.


Sumber : ohbulan.com

Wednesday, September 3, 2014

Yuna Dipilih Bintangi Kempen Iklan Barney New York

Yuna Dipilih Bintangi Kempen Iklan Barney New York | Nama Yunalis Zarai atau Yuna memang tidak dapat dinafikan kini semakin mekar berkembang di negara Amerika Syarikat.


Yuna Dipilih Bintangi Kempen Iklan Barney New York, info, terkini, hiburan, sensasi,


Selain dikenali dengan lagu-lagu nyanyian yang merdu, Yuna juga digemari ramai kerana fesyen turban unik yang diketengahkannya.

Terbaharu, Yuna telah dilantik menjadi antara 76 wajah kempen untuk jenama fesyen Barney New York bergandingan bersama individu-individu lain yang bermastautin di negara Uncle Sam itu.

Tema bagi musim bunga Barney New York pada tahun ini ialah kempen yang diberi nama Brothers, Sisters, Sons & Daughters.

Sumber : mynewshub.cc