Alhamdulillah, sudah sampai seru. Nadia Annuar kini menghitung hari untuk disatukan dengan jejaka pilihannya. Beliau menjelaskan bakal mendirikan rumahtangga pada pertengahan November ini dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang jutawan muda dalam perniagaan jualan langsung.
Walaubagaimanapun, Nadia Annuar enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis tersebut. Sebaliknya hanya memaklumkan majlis tersebut bakal berlangsung pada pertengahan November ini.
“Saya tidak mahu dedah dahulu bila tarikh majlis itu, cuma pertengahan November kalau tiada aral, kami akan dinikahkan. Bakal suami saya bernama Hafiz, dan kalau ikutkan kami sudah bertunang beberapa bulan lalu”
“Sebelum ini saya pernah bercinta lama, tetapi tidak ke mana juga. Jadi bila berkenalan dengan Hafiz, kami belajar tentang apa yang kami mahu dalam hubungan ini. Tidak perlu lama-lama bercinta dan ambil keputusan untuk berkahwin lebih cepat,” jelasnya kepada Utusan Online.
Apapun tahniah diucapkan kepada Nadia Annuar kerana bakal membina sebuah keluarga tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan!-gosipmalaysia