Friday, November 6, 2015

Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

Baru-baru ini Lisa Surihani dan Yusry telah selamat menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Yahaira Leanne. Dan apa yang pasti ia merupakan berita gembira buat para peminat.


Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!


Namun sehingga kini tiada lagi gambar penuh yang dikongsikan oleh Lisa Surihani dan Yusry. Lantaran itu, ada segelintir Pengikut Pertikai Lisa Surihani Tak Kongsi Gambar Anak.

Menurut Lisa, walaupun sebelum ini hanya sekeping gambar cahaya matanya itu dikongsikan bersama, sudah terdapat banyak akaun palsu di laman sosial yang menggunakan gambar tersebut dan menjadi akaun untuk menjual beli dan juga servis. Hal ini amat membimbangkan buat kedua pasangan ini.


Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!


    “Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan”.

    “Hal ini sendiri cukup merisaukan Lisa sebagai ibu,” jelas Lisa kepada BH Plus. Sebelum ini, pasangan ini pernah memberitahu bahawa mereka mahu membesarkan Yahaira sama seperti kanak-kanak lain dan mengharapkan agar peminat dan orang ramai dapat menghormati privasi mereka.


Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

Jika inilah keputusan Lisa dan Yusry siapa kita untuk mempertikaikan. Lagipun mungkin ini cara terbaik Lisa dan Yusry melindungi anak mereka. Apapun tak dapat dinafikan ramai lagi di luar sana yang masih mengharapkan Lisa berkongsi gambar anak sulungnya kepada umum. Sama-samalah kita tunggu, mungkin Lisa dan Yusry akan kongsikan gambar anak mereka suatu hari nanti?-gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →