Thursday, August 28, 2014

Jepp Sepahtu Sombong?

Jepp Sepahtu Didakwa Sombong?  | Pelawak Jepp Sepahtu baru-baru ini dihimpit dengan cerita-cerita negatif. Selain dikatakan bersikap sombong, timbul juga dakwaan mengatakan Jep dipulaukan oleh kawan-kawannya akibat sikap Jep sendiri.


Jepp Sepahtu Didakwa Sombong? , info, hiburan, terkini, gosip, sensasi,


Kesempatan bertemu dengan Jepp baru-baru ini membuka ruang untuk GUA mendapatkan komen daripadanya.

“Saya sendiri masih tidak percaya dengan gosip yang ditulis itu. Sebelum ini pernah terjadi juga gosip-gosip seperti ini. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Saya baik dengan pelawak sama ada senior atau pun junior. Saya berkawan dengan mereka jika bertemu dalam hal-hal yang melibatkan kerja. Tetapi ketika saya tidak bekerja, saya lebih selesa lepak dengan kawan-kawan saya sendiri dan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu bapa dan keluarga saya,” ujar Jepp memulakan bicara.

Tambah Jepp, semenjak dia mendapat beberapa anugerah yang mengiktiraf kehadirannya dalam dunia hiburan seperti Anugerah Lawak Warna dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, namanya mula terpalit dengan gosip dan kontroversi.

Jepp Sepahtu Didakwa Sombong? , info, hiburan, terkini, gosip, sensasi,


“Semenjak mendapat beberapa anugerah, nama saya mula terkait dengan beberapa siri kontroversi. Saya tidak tahu bagaimana nak cakap, adakah itu adalah satu sabotaj atau sebaliknya? Saya tak buat, orang bercakap. Jika betul-betul saya buat, apatah lagi?

Saya hanya mampu bersangka baik dan anggap apa yang ditulis dalam ruangan gosip menjadi pemandu arah perjalanan karier saya. Sebelum ini, setiap kali timbul gosip, saya terangkan. Tapi perkara ini berlaku semula. Jadi selepas ini jika perkara sama berulang, saya akan diam sahaja dan enggan menjawab lagi. Biar orang menilai sendiri,” kata Jepp ketika ditemui di sidang media Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014 di Publika, Kuala Lumpur pada Selasa.


Sumber : gua.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →