Friday, November 21, 2014

Adlin akan terus pertahankan hak bapanya

Berhubung dengan isu saman filem "Saloma", Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak prihatin pihak yang terlibat dalam filem tersebut.


Adlin akan terus pertahankan hak bapanya, kontroversi, terkini, hiburan, sensasi, Adlin Aman Ramli, Filem Saloma


"Saya kecewa dengan mereka yang telibat dalam filem "Saloma" kerana mereka ini beragama Islam. Melissa Saila juga tidak tampil untuk menjernihkan keadaan selepas sidang media yang saya adakan," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.


Baginya, untuk memfailkan saman malu, dia tidak berhak untuk membuat bagi pihak bapanya kerana hanya orang itu sahaja yang mempunyai hak tersebut.

"Dari segi perundangan memang tak salah, tetapi pihak Astro membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan waris. Dan Astro tidak rasa bersalah, isu moral ke etika ke lantak lah, janji ok."

Tambah Adlin lagi, dia tidak akan berputus asa untuk mempertahankan haknya sebagai waris Allahyarham AR Tompel, walaupun usahanya dengan mengadakan sidang media tidak berhasil, apabila tiada perbincangan yang dibuat antara pihak yang terlibat.

"Tidak ada perbincangan di luar dan mereka tidak menghubungi saya. Mereka juga ketepikan hubungan yang saya dan Astro pernah ada sama ada hubungan antara pihak televisyen sama ada hubungan sebagai kawan."

Dalam pada itu, Adlin turut memberi nasihat kepada penerbit di luar sana yang ingin menghasilkan karya mengenai mereka yang sudah tiada, haruslah lebih prihatin dengan menghubungi waris yang terlibat terlebih dahulu.

Sementara itu, Adlin kini sibuk mempromosikan filem terbarunya "Gila Baby" yang bakal menemui penonton pada 4 Disember ini.

Baca : Sharnaaz Ahmad kecewa karya tempatan seperti sampah 
Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →