Friday, November 28, 2014

Ahmad Idham Perlekehkan Filem Lelaki Harapan Dunia Pula?

Kami terbaca juga tulisan Ahmad Idham ini melalui Twitter namun tidak pasti akan filem manakah yang dirujuk beliau sebagai memperlekehkan kaum Melayu sehinggalah terbaca entri terbaru anak kepada pelakon Wan Hanafi Su, Budi Citawan di Instagram beliau.


Ahmad Idham Perlekehkan Filem Lelaki Harapan Dunia Pula?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, ahmad idham, filem Lelaki Harapan Dunia

Rupa rupanya, Ahmad Idham merujuk kepada filem terbaru lakonan Wan Hanafi Su berjudul Lelaki Harapan Dunia yang diarahkan Liew Seng Tat dan bakal ke pawagam seluruh negara tidak lama lagi. Ia turut dibintangi oleh Sofi Jikan, Harun Salim Bachik, Azhan Rani & Jalil Hamid.


Ahmad Idham Perlekehkan Filem Lelaki Harapan Dunia Pula?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, ahmad idham, filem Lelaki Harapan Dunia

Anak gadis Wan Hanafi Su itu membalas kenyataan Ahmad Idham dengan sarkastik mengatakan filem ini memang wujud konspirasi tersendiri.

“Konspirasinya adalah untuk memperlekehkan pemikiran manusia (bukan bangsa ya) seperti abang (merujuk kepada Ahmad Idham) yang suka memperlekehkan pintu rezeki & kreativiti orang lain yang selama ini dipandang lekeh oleh masyarakat,” tulisnya.

Kenyataan beliau turut mendapat reaksi pelakon Zahiril Adzim yang berkata filem memperlekehkan kaum Melayu adalah filem filem lawak bangang, slapstik, badigol hantu hantu atas jalanraya dan nombor ekor — sekali lagi merujuk kepada filem arahan Ahmad Idham.

Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia ini sendiri sudah pun menjawab persoalan media sebelum ini berkaitan dakwaan filemnya itu memperlekehkan Melayu dengan berkata isu tu tidak sepatutnya timbul kerana kritikan yang diselitkan bersifat subjektif.


Baca : Penyanyi Marsha Milan Sudah Ceburi Profesion Guru!  

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →