Sunday, November 23, 2014

Ameng Spring: Lagu Insaf Dari Penjara..

Pada tahun 2012 Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin bin Wan Ismail dijatuhi hukuman penjara 8 Tahun dengan 10 sebatan. Ameng menyangkakan hukuman yang dikenakan kepadanya bererti kariernya sebagai penyanyi sudah berakhir. Namun sebaliknya harapan sebagai penyanyi masih ada dimana dia ditawarkan untuk merakamkan lagu ciptaannya sepanjang dia berada di penjara.


Ameng Spring: Lagu Insaf Dari Penjara.. , info, terkini, hiburan, ameng spring, sensasi,

"Saya ingat karier sebagai penyanyi sudah berakhir, tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya saya menjadi artis pertama yang ditawarkan merakamkan album di dalam penjara ketika sedang menjalani hukuman," kata vokalis kumpulan Spring, Ameng yang berpeluang merakamkan albumnya seratus peratus di dalam Penjara Kluang di sini.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 46, ketika dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun lalu, dia berasa masa depannya sebagai anak seni mungkin terkubur di situ ataupun hanya dapat diteruskan selepas tamat menjalani hukuman pada 14 Julai 2016.

"Lebih setahun juga saya bermuram kerana tidak dapat menerima ujian yang menimpa diri, tetapi lama kelamaan barulah saya dapat 'memujuk' hati selepas aktif dalam pelbagai program pemulihan di penjara yang banyak menekankan aspek kerohanian.

"Saya menyertai semua program banduan termasuk pertandingan mencipta puisi, lagu dan nasyid dan pernah beberapa kali memenangi pertandingan itu. Bermula dari situlah saya terfikir untuk mencipta lagu dan tidak menyangka hasrat itu disambut baik pihak Jabatan Penjara dan rakan artis," katanya ketika ditemubual wartawan Harian Metro di Penjara Kluang, di sini.

Menurutnya, berbekalkan gitar yang penggunaannya hanya dibenarkan dua jam seminggu, Ameng mula mencari melodi sesuai di sebalik persekitaran tirai besi itu.

Baca : Pakaian Yana Samsudin Tak Cukup Kain 


Sumber : ejeninfo.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →