Sunday, November 23, 2014

Beto Kusyairy tercedera dalam “Gila Baby”

Pelakon popular Beto Kusyairy memberitahu dia tercedera ketika menjalani penggambaran filem terbarunya "Gila Baby", tetapi dia tetap meneruskan penggambaran walaupun dalam keadaan tercedera.

"Memang saya ada tercedera di lutut sebab jatuh motor dan di dahi semasa pengambaran. Lepas tu saya terus balut dan teruskan. Orang lain mengharapkan cuti. Saya fikir tentang masa lagi, selagi saya boleh bergerak, saya teruskan," kata Beto yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di GSC Pavilion, semalam.


Beto Kusyairy tercedera dalam “Gila Baby”, info, terkini, hiburan, sensasi, Pelakon, Beto Kusyairy

Menurut Beto, jika dia ditawarkan untuk melakonkan watak aksi, dia akan menawarkan diri untuk melakukan aksi tersebut kerana dia akan rasa lebih puas dengan melakukannya sendiri.

"Saya pada asalnya seorang pelagak ngeri, saya tak boleh nak lari. Bila melibatkan aksi ni, saya akan jadi lebih bersemangat. Masa mula-mula ditawarkan untuk berlakon filem "Gila Baby" ini, Kabir sendiri cakap banyak melibatkan aksi,dan saya sendiri cakap saya nak buat semua sendiri dan saya dapat sokongan dari pengarah dan produksi sendiri."

Tambah pelakon "Istanbul Aku Datang" ini lagi, walaupun dia sering mengalami kecederaan dan membuatkan isterinya risau, tetapi isterinya sentiasa memahami kerjayanya sebagai pelagak ngeri.

"Kalau 'girlfriend' dah risau ini kan pulak isteri yang dah bertahun dengan saya. Dah tentu saya tak nafikan. Tapi dia tau perangai suami dia macam mana. Tahu apa yang saya nak sebab saya sukakan benda lasak. Dalam kerisauannya, dia tetap sokong apa yang saya buat."

Dalam perkembangan lain, dia kini sedang sibuk mempromosikan filem lakonannya "Gila Baby" sebagai peneraju utama dengan membawakan watak Bob arahan Kabir Bhatia yang akan ditayangkan pada 4 Disember ini.

Sementara itu, Beto juga terlibat dalam pementasan teater "Takhta 3 Ratu", arahan Erma Fatima membawakan watak Hang Jebat, yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 sehingga 22 Disember depan.

Baca

Sumber : tupai.com.my
Baca : Tak Jadi Merajuk Selepas Dipilih Pengacara Mentor Legend 
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →