Tuesday, November 25, 2014

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain

Siapa yang boleh menidakkan kejelitaan penyanyi senior yang masih gah namanya sehingga kini, Ziana Zain.

Malah sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab, pelbagai ragam dan juga gaya yang cuba diketengahkan penyanyi Puncak Kasih itu kala bertemu peminat mahupun beraksi di hadapan lensa kamera.


Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Baru-baru ini ketika memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita, Ziana Zain kelihatan begitu mempersona dengan pelbagai citarasa gaya dalam persalinan rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini Ziana Zain telah menggunakan khidmat solekan daripada jurusolek selebriti terkenal Epie Temerloh yang sekali gus telah memberi penampilan cukup berbeza.

Namun apa yang menjadi perhatian, Ziana Zain telah menggayakan beberapa cara susun letak tudung yang berbeza sesuai dengan pemilihan persalinannya.

Ziana Zain juga kelihatan cukup anggun dengan gaya liuk lentuk manja dalam persalinan gaun malam hitam dan tudungnya yang disimpul bow.

Terdahulu, Ziana Zain turut menyerlah dalam persalinan serba hitam peplum  yang ditaburi batu jemaki tetapi masih mengetengahkan ciri-ciri wanita muslimah bergaya moden dan kali ini dia menggunakan khidmat jurusolek kegemarannya, Sheila Mohamad.

Dia juga turut menggayakan satu lagi persalinan couture milik Rizman Ruzaini ketika menghadiri pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival 2014 baru-baru ini di Hotel JW Marriot.

Jadi mana satukah pilihan anda? 

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Baca : Foto Baru Camelia dan Puterinya, Aisha!  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →