Friday, November 28, 2014

Imej Terbaru Pelakon Avaa Vanja

Sudah lama tidak kembali dengan sebarang karya seni, pelakon Avaa Vanja nampaknya mahu kembali dengan imej terbaru yang lebih berani lagi tersendiri.


Imej Terbaru Pelakon Avaa Vanja , info, terkini, hiburan, sensasi, Pelakon Avaa Vanja


Telah menyapa portal murai.com.my dalam sebuah majlis pembukaan butik fesyen di pusat beli-belah Pavilion baru-baru ini, Avaa Vanja tampil dengan gaya berambut pendek dengan bentuk fizikalnya yang sedikit berisi dengan ditemani kamera digital disisinya.

“Kenapa awak terkejut? Saya tahulah saya sekarang sudah berisi,” seloroh Avaa Vanja yang ternyata telah mengejutkan portal murai.com.my lebih-lebih lagi dengan gaya rambut pendek dan solekannya yang masih ‘vogue’ seperti dulu.

Ditanya mengapa dia menjinjing kamera digital yang beranggapan dia mungkin sudah bertukar kerjaya, pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah itu menganggukkan kepala dan mula memberi penjelasan sebenar.

“Sebenarnya hari ini saya telah diberi tanggungjawab untuk menjadi jurukamera kepada seorang VVIP. Ya saya adalah seorang jurukamera untuk hari ini.

“Alang-alang hari ini adalah majlis fesyen, jadi saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini dan menerima peranan itu. Setidak-tidaknya dapat berjumpa rakan-rakan lama seperti kamu,” kata Avaa Vanja bergaya dengan persalinan hitam.

Jelas Avaa Vanja, sudah begitu lama dia tidak bersosial apatah lagi bertemu dengan teman-teman dalam industri hiburan tanah air, lebih-lebih lagi selepas berumah tangga dan melahirkan cahaya mata pertamanya.

Katanya, selepas bersalin pada Disember 2012, dia mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan, bagaimanapun sedang berusaha untuk kembali langsing supaya dapat aktif semula dalam dunia hiburan.

Tambah Avaa Vanja, dia kini dalam proses melahirkan single terbarunya tidak lama lagi dan tidak sabar untuk kembali aktif serta bertemu peminat.

Baca : Rozita Che Wan Mahu Bawa Aaisyah Dhia Rana Ke Maldives 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →