Selepas hubungan enam tahunnya bersama Intan Ladyana putus di tengah jalan, Kamal Adli sukar bangkit menerima kenyataan.
Dia masih lagi rasa kecewa dengan perpisahan yang sudah berlalu dua bulan lalu. Bukan itu sahaja, peminat mereka juga turut terkejut dengan pepisahan mereka.
Dia masih lagi rasa kecewa dengan perpisahan yang sudah berlalu dua bulan lalu. Bukan itu sahaja, peminat mereka juga turut terkejut dengan pepisahan mereka.
Namun dia terus bangkit dengan kata-kata semangat dari peminatnya di laman sosial. Tetapi ada juga yang turut menyalahkan dia sebagai punca penyebab perpisahannya bersama bekas kekasihnya itu.
Memetik daripada Kosmo, Kamal Adli berkata sukar untuk menjelaskan punca perpisahan tersebut dan dia menerimanya sebagai ketentuan takdir.
"Saya faham, ramai yang menuding jari menyalahkan saya kerana menjalinkan hubungan terlalu lama bersama Intan tanpa sebarang ikatan yang sah. Tetapi, mereka tidak berada di tempat saya dan tidak faham tentang perkara yang sebenar.
"Saya mengenalinya ketika mula-mula bergelar pelakon. Ketika itu, saya masih hijau dan kehidupan saya masih belum stabil. Rasanya, tidak elok jika saya mendirikan rumah tangga ketika ekonomi dan karier masih kurang kukuh."
Dia mengakui bahawa dia kini sedang dalam proses pulih dan baginya agak sukar kerana dia tidak pernah menyayangi dan mencintai seseorang untuk jangka waktu yang panjang.
Dia yang kini baru sahaja memulakan pengambaran drama bersiri berjudul "Pergilah Air Mata", mahu lebih fokus dalam kerjayanya dan menjadikan apa yang berlaku sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.
"Sekurang-kurangnya, apabila saya sibuk dengan kerja, saya tidak banyak berfikir tentang masa lalu."
Sumber : tupai.com.my