Sunday, November 16, 2014

Kemenangan Puteri Balqis Di Anugerah Skrin 2014 Masih Dipertikai

Entah di mana silapnya, kemenangan Puteri Balqis di dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 masih lagi dipertikai sehingga ke hari ini. Orang kata rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Antara alasan yang digunakan ialah pelakon cilik ini belum seorang ‘wanita’, hanya seorang kanak-kanak, sewajarnya kemenangan Puteri Balqis adalah untuk kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan macam-macam lagi alasan.


Puteri Balqis Di Anugerah Skrin 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Puteri Balqis


Kemenangan Puteri Balqis adalah menerusi lakonan hebatnya di dalam drama Balqis di mana dia menjadi pelakon utama untuk drama tersebut. Jadi sepatutnya tak ada masalah. Industri hiburan Malaysia seharusnya mengiktiraf bakat tidak mengira usia. Kalau dah memang lakonan power, sepatutnya tak perlulah dipertikaikan kemenangannya. Secara jujur, memang lakonan Puteri Balqis di dalam drama tersebut membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.

Puteri Balqis Di Anugerah Skrin 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Puteri Balqis


Peliknya yang mempertikaikan kemenangan Puteri Balqis ini ialah nama-nama besar dalam industri hiburan. Diharap tahun hadapan pihak penganjur tidak tewas pada tekanan dan akan terus membenarkan pelakon kanak-kanak seperti Puteri Balqis untuk bertanding dalam kategori yang kononnya untuk pelakon dewasa sahaja. Apa pun, tahniah atas kejayaan Puteri Balqis. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.


Sumber : beautifulnara.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →