Monday, November 17, 2014

Penjelasan Rahim Isu Keluar Sephtu dan Tubuhkan Jalor

Wah, nampaknya persembahan kumpulan Jalor yang dianggotai oleh Rahim, Along dan Joey di minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dilihat antara persembahan yang cukup hebat dan menyerlah di kalangan 14 kumpulan yang lain. Ada yang berpendapat Jalor berjaya mengatasi nama-nama besar seperti Sepahtu dan Shiro.


Penjelasan Rahim Isu Keluar Sephtu dan Tubuhkan Jalor, Info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Rahim Jalor, MLM2014, sepahtu

Lagi menarik, persembahan dari kumpulan Jalor mendapat perhatian oleh pihak juri terutamnya komen dari Dato’ Jalaluddin Hassan yang menganggap keputusan Rahim untuk menubuhkan kumpulan Jalor adalah sangat tepat dan berbaloi.

Penjelasan Rahim isu keluar Sepahtu dan tubuhkan kumpulan Jalor – Kalau sebelum ini, timbul cerita kurang enak mengatakan Rahim telah disingkirkan oleh Sepahtu yang dianggotai oleh Jep dan Shuib. Atas sebab apa tak ada pula mereka sebarkan sedangkan prestasi Rahim semasa MLM musim lalu boleh dikatakan agak baik juga.

Menerusi laporan Astro Gempak, Rahim telah mengenai perkara tersebut dan pelawak kelahiran Klang, Selangor ini menafikan penubuhan kumpulan Jalor bukan berpunca daripada sebarang isu yang terjadi di antara Shuib dan Jep.

Menurut Rahim, isu berkenaan sudah selesai dan sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini. Jom tonton temubual eksklusif Rahim mengenai perkara sebenar penubuhan kumpulan Jalor dan kisah disebalik kumpulan Sepahtu.


Baca : Nad Zainal Bercinta Dengan Remy Ishak? 

Sumber : ammboi.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →