Pelakon terkenal, Tiz Zaqyah mendedahkan dirinya akan cuba untuk kurangkan aktiviti dalam dunia seni lakonan bagi menumpukan perhatian kepada syarikatnya iaitu KL Calling.
“Saya sebenarnya merindui untuk menjalani kehidupan biasa seperti dahulu yang tidak dikenali ramai dan pergerakan saya juga tidak terbatas.”
“Bagi menghidari seketika dunia glamor, menganjurkan aktiviti belia antara cara saya untuk menjadi orang biasa. Lebih-lebih lagi majlis yang melibatkan badan-badan kebajikan, saya sangat seronok membantu mereka“ katanya.
Tiz Zaqyah menambah dirinya tidak tergugat dengan pelakon baru malah dia mengalu-alukan kedatangan mereka untuk memeriahkan lagi industri lakonan tanah air.
“Tak rasa pun tergugat, saya masih lagi seronok untuk berlakon dan ikhlas melakukannya demi peminat saya. Lagipun tak salah pun nak bersaing, orang kata bersaing secara sihat,” ujarnya.
Baca : Ustaz Tegur Nama Baru Felixia Yeap?

Sumber : katakcomel.my