Saturday, November 15, 2014

Zizan Akhirnya Jawab Isu Saman Setengah Juta

Hari ini kecoh mengenai jumlah tuntutan saman bernilai lebih setengah juta ringgit daripada bekas syarikat pengurusan, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd terhadap pelakon, pelawak dan penyanyi Zizan Razak.


Zizan Akhirnya Jawab Isu Saman Setengah Juta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, marina juki,

Marina Juki yang juga pengarah syarikat terbabit menjelaskan tuntutan itu difailkan sejak minggu lalu. Zizan dikatakan sudah melanggar kontrak sejak Mei lalu sehingga mengakibatkan kerugian pada sumber pendapatan dan komisen syarikat itu. Mengikut Marina, kontrak yang dimeterai syarikat dengan Zizan hanya akan berakhir 2 Mei 2015.

Artikel Terdahulu :  


Zizan akhirnya jawab isu disaman setengah juta – Menerusi laporan BH Online, Zizan telah berikan respon mengenai isu tersebut menerusi khidmat aplikasi WhatsApp. Menurut Zizan, dia sedih dan kecewa dengan tindakan individu berkenaan.

Zizan juga meluahkan dia kini tertekan kerana ia berlaku pada saat dia sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja. Bagaimanapun memandangkan hal itu berkait rapat dengan undang-undang, beliau tidak mahu sewenang-wenang dengan berani menyuarakan pandangan itu dan ini.

“Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar. Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian penuh. Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak,” katanya dalam laporan berkenaan.

Sumber : ammboi.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →