Wednesday, November 19, 2014

Zizan Razak dan Faizal Ismail hos AIM 21

Pelakon dan pengacara Zizan Razak sekali lagi akan bergandingan dengan bekas penyampai radio Hot FM Faizal Ismail sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang bakal berlangsung pada 6 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ).


Zizan Razak dan Faizal Ismail hos AIM 21, Info, terkini, hiburan, sensasi, zizan razak, faizal ismail, AIM 21

Memetik laporan mStar, pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim dan Pengurus Saluran Astro Ria dan Maya HD, Raqim Ahmad dalam satu sidang media di Hotel Istana petang semalam.

Ini merupakan gandingan kedua mereka dimana sebelum ini mereka bergandingan sebagai pengacara program realiti "Akademi Fantasia 2014" yang baru sahaja berakhir 2 minggu lalu.

Raqim turut mengulas, keserasian dan kebolehan sebagai pengacara menjadi faktor utama pasangan itu dipilih untuk mengendalikan AIM 21.

"Sepanjang 10 minggu mereka bersama dalam "AF 2014" keserasian itu jelas kelihatan dan atas faktor itu juga kami mahu mengekalkan mereka berdua untuk AIM 21.

"Bagaimanapun tidak dinafikan pemilihan mereka juga adalah atas dasar untuk mendapatkan rating bagi acara itu ketika ia disiarkan secara langsung nanti," katanya.

Dalam pada itu, Rosmin juga turut mengulas mengenai pemilihan kedua-dua pengacara tersebut dan tidak mempunyai masalah dengan gandingan mereka berdua kerana pihaknya yain mereka mampu mengendalikan AIM 21 dengan baik.

Bagi acara red karpet, Penyampai radio Era FM, Haniff dan hos "Hlive", Dahlia Shazwan akan bertindak sebagai pengacara sebelum majlis bermula.

AIM 21 akan diserikan dengan beberapa persembahan istimewa artis terkemuka antaranya Sleeq, Dayang Nurfaizah, Hazama, SonaOne, Joe Flizzow, Haleeda, Datuk Khadijah Ibrahim dan Akim & The Majistret.

Zizan dan Faizal turut mengulas dan yakin keserasian yang wujud diantara mereka dapat digunakan dengan baik untuk mengendalikan AIM 21 nanti.

Baca : Alif Satar bakal timang cahaya mata 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →