Thursday, December 25, 2014

Amy Mastura Selesa Digelar Pelakon Komedi

Penyanyi Amy Mastura tidak kisah dilabel sebagai pelakon komedi selepas dia dilihat lebih menyerlah menerusi drama komedi sejak akhir-akhir ini.


Amy Mastura Selesa Digelar Pelakon Komedi, info, terkini, hiburan, sensasi, Amy Mastura,

Amy, 43, berkata, label yang diberikan membuktikan peranannya membawakan sesuatu watak komedi itu menjadi selain diterima baik oleh penonton.

"Saya selesa memegang watak komedi dan sebab itu jika ada tawaran dan kena dengan jadual saya akan terima.

"Tentang label itu saya tidak kisah kerana paling penting penerimaan penonton terhadap lakonan saya dan itu sudah memadai," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Amy berkata, hakikatnya menjayakan sesuatu watak komedi bukan mudah seperti disangka kerana ia memerlukan fokus yang tinggi.

Atas sebab itu juga kata Amy, dia tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana pertandingan lawak kerana bimbang jenaka yang ditampilkan tidak mendapat perhatian penonton.

"Saya hormat dengan pelawak yang berani tampil dalam pertandingan lawak kerana ia adalah satu tugas yang sukar dan memerlukan persediaan cukup rapi.

"Malah saya sendiri tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian kerana sedar belum sampai tahap itu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amy berkata, dia kini sedang sibuk dengan persediaan pementasan teater Diari Wanita... Kak Ani & Nyonya yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya Februari depan.

Selain itu dia juga baharu selesai menjalani penggambaran drama Dee Muzikal selain bakal muncul dengan lagu terbaharunya.


Baca : Foto hot Fathia hanya pakai gaun tidur 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →