Sunday, December 28, 2014

Black Hanafiah Tidak Gentar Ugutan Saman RM500,000

Penyanyi Black Hanafiah tidak gentar dengan ugutan pengurus acara yang berniat untuk menyamannya atas tuduhan memalukan mereka menerusi laman sosial.


Black Hanafiah Tidak Gentar Ugutan Saman RM500,000, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Balck Hanafiah

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, dia mempunyai bukti kukuh untuk berhadapan dengan individu tersebut jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

Artikel Terdahulu :  


"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Black berkata demikian ketika diminta mengulas tentang seorang pengurus acara yang kesal dengan tindakannya meminta memulangkan bayaran untuk majlis perkahwinannya yang sudah hampir dua tahun berlalu.

Pengurus acara tersebut dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman penyanyi lagu Si Putih Si Merah itu sebanyak RM500,000 kerana menganggu perjalanan perniagaannya dengan tuduhan buruk di laman sosial.

Sebelum ini, pada Jun 2013, Black mendakwa ditipu oleh pengurus acara yang dilantik sebagai perancang perkahwinannya kerana gagal menguruskan majlis kahwinnya walaupun sudah membayar RM30,000 bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, Black berkata, dia membangkitkan semula hal itu bukan hanya kerana duit baki belum dipulangkan, malah menerima banyak aduan daripada orang luar yang meminta untuk mencari individu berkenaan.

Black yang memuat naik sekeping gambar di Instagram bagi memberi peringatan agar orang ramai tidak lagi tertipu dengan individu tersebut yang masih aktif mencari mangsa-mangsanya.

"Saya memang dah lupakan hal hutang tersebut, tetapi ramai pula orang yang menjadi mangsa mereka cari saya untuk minta bantuan. Mereka mahu menghubungi individu tersebut tetapi gagal, namun saya pun tidak dapat membantu kerana individu itu tidak akan mengangkat panggilan daripada saya.

"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," katanya.

Dalam pada itu, Black berkata, dia pernah menyamar dan menghubungi individu tersebut bagi melihat bagaimana mereka beroperasi dengan menipu orang ramai.

Katanya, individu yang sering berurusan secara dalam talian itu hanya meminta mangsa memasukan duit ke akaun mereka tanpa sebarang 'hitam putih' dikeluarkan sebagai tanda bayaran.

"Saya dimaklumkan mereka kini aktif menipu secara online, apabila orang ramai terpedaya dengan memasukkan ke akaun mereka. Mereka akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak untuk bercakap dengan mangsa," katanya.

Black bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 29, pada 13 September 2013 di Zebra Square, Kampung Pandan, dekat sini.



Baca : Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana 


Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →