Saturday, December 27, 2014

Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang Tak Dilayan Di Butik Mewah

Yelah, siapa yang tak panas kalau diri dilayan macam nak tak nak oleh pekerja butik yang melihat kita sebagai rakyat marhaen yang hanya masuk ke butik mewah untuk melihat item ribuan ringgit yang tak mampu dimiliki.


Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aliff Syukri

Itulah yang terjadi kepada usahawan terkenal dengan ‘trademark’ Terlajak Laris, iaitu Datuk Aliff Syukri. Melalui satu muat naik di Facebook, beliau meluahkan ketidakpuasan hatinya ketika situasi tersebut berlaku.

Tulisnya, “Luahan perasaan… Jangan pandang orang pada gaya luaran apa berbase english ya… don’t judge the book by its cover okay… Paling Abang menyampah kalau pergi butik branded ni kalau tengok kita orang Asia pulak tu Abang ni macam budak hingusan mereka endah tak endah sahaja nak serve Abang konon-konon kita ni tak boleh nak beli…


Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aliff Syukri

Cakap omputeh pun berterabur… Lepas tu siap buat muka masam bila kita nak membelek-belek… Sekali Abang order terus Abang jumpa manager dia Abang complain… Baru ko ghase balasannya… #hatipanas.”

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut pemilik jenama produk D’Hherbs menyokong tindakan diambil beliau yang berani menyuarakan ketidakpuasan hati atas layanan ‘double standard’ yang diterima.


Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aliff Syukri

Nah, rasanya mungkin situasi tersebut boleh disamakan dengan perumpamaan ‘seperti buku bertemu ruas’. Tindakan yang diambil Datuk Aliff Syukri patut dipuji kerana beliau berjaya menegakkan haknya sebagai seorang pelanggan.

Fikir-fikirkan balik, tak perlu rasanya nak ada perbezaan layanan antara golongan atasan dan pertengahan mahupun bawahan. Tak luak apa-apapun kalau kita berbuat baik sesama insan, kan?

Baca : Siti Nurhaliza Naik Jentolak Bantu Mangsa Banjir 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →