Monday, December 15, 2014

Forteen tidak bertemu peminat kerana Izzue Islam

Kumpulan Forteen menjelaskan bahawa mereka terpaksa mengelak daripada bertemu peminat selepas selesai persembahan "Separuh Akhir Muzik Muzik 29" baru-baru ini kerana salah seorang anggota iaitu Izzue Islam perlu bergegas ke lokasi penggambaran drama.


Forteen tidak bertemu peminat kerana Izzue Islam, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan forteen, gosip, izzue islam

Memetik laporan daripada mStar, salah seorang anggotanya, One atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin, berkata, mereka berbuat demikian kerana menghormati komitmen Izzue yang terpaksa mencuri masa untuk persembahan tersebut walaupun sibuk dengan pengambaran.

"Kami mengelak jumpa peminat kerana Izzue perlu bergegas ke lokasi pengambaran drama, kami hargai komitment Izzue yang terpaksa mencuri masa untuk bersama kami membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 itu.

"Disebabkan kami datang dengan menaiki kenderaan yang sama, jadi perlu bergerak sekali, itu bukan kerana kami sengaja tidak mahu bertemu peminat."

Pada persembahan "Separuh Akhir Muzik-Muzik 29" pada 28 November lalu, kumpulan ini dikatakan mengelak daripada bertemu peminat dan keluar menggunakan pintu belakang pentas selepas selesai persembahan.

Tambah One lagi, selain Izzue, dia juga berada dalam keadaan tidak sihat untuk beramah mesra dengan peminat.

"Saya pun ketika itu demam dan bukan masa yang sesuai untuk berjumpa dengan peminat. Kalau saya lebih lama di sana mungkin boleh pengsan."

Jelasnya lagi, mereka sudah pun menjelaskan perkara tersebut dan membuat permohonan maaf kepada peminat-peminat yang sanggup menunggu untuk bertemu dengan Forteen.

Forteen juga sebelum ini banyak mengatur perjumpaan bersama peminat-peminat mereka sebagai menghargai tanda sokongan mereka.

Kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 dibawah naungan syarikat KRU Records dan dianggotai oleh empat jejaka kacak iaitu One, Izzue Islam, Aris dan Ameer.

Baca : Miss Afrika Selatan dinobat sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →