Saturday, December 6, 2014

Hisyam Hamid 'Mengemis' Untuk Dapatkan Job

Bagi yang sudah mendapatkan naskhah terbaru Media Hiburan pada minggu ini, pasti sudah mengetahui khabar gembita tentang aktor kacak, Hisyam Hamid yang kini bergelar artis Astro.

Hisyam Hamid 'Mengemis' Untuk Dapatkan Job, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Hisyam Hamid

Meski bukan wajah eksklusif Astro, Hisyam bagaimana pun bersyukur dengan rezeki yang ada kerana tidak semua pendatang baru bertuah sepertinya.  Apatah lagi mendapat peluang dan ruang besar yang telah dirancang untuknya.

Namun, sebelum mendapat durian runtuh itu, Hisyam mengakui yang dia pernah meminta-minta seperti seorang pengemis untuk mendapatkan sesuatu 'job' berlakon daripada mana-mana produksi.

"Punca utama kenapa saya memilih Astro kerana sebelum ini saya susah mendapatkan 'job' berlakon seolah-olah seperti pengemis pula.  Jadi apabila masuk Astro, selama tiga tahun kontrak dengan mereka, segala uruskan kerja dan permit kerja diuruskan mereka," ujarnya. 

Berkenaan gosip yang namanya digugurkan dari membintangi drama di sebuah stesen TV popular, Hisyam mengakui hal itu.

"Ramai penerbit terpaksa menggugurkan nama saya atas sebab drama tersebut akan ditayangkan di stesen TV berkenaan.  Ini semua salah faham, kerana saya bukan wajah eksklusif Astro sebaliknya hanya di bawah pengurusan Astro.  Saya berharap untuk diberi peluang di mana-mana stesen TV lain," jelasnya.


Baca : Che Riz Selamat Bernikah Dengan Shikin Maembong  

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →