Wednesday, December 24, 2014

Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin

Sebelum ini, timbul cakap-cakap belakang bahawa hubungan baik antara aktres cantik, Fazura dengan rakan baiknya yang juga pelakon, Sara Ali tak lagi baik.


Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin, info, terkini, hiburab, sensasi, gosip, fazura, sara ali

Gosip tersebut kemudiannya dinafikan Sara Ali dengan menggunakan alasan sibuk di lokasi penggambaran hingga tak punya banyak masa untuk bersama rakan-rakan termasuk Fazura.

Namun, kesahihan berita ini akhirnya didedahkan sendiri Fazura dalam episod terbaharu program realitinya, Facing Up To Fazura yang diterbitkan saluran E! Asia.

Melalui program tersebut, Fazura menceritakan tentang hubungannya dengan Sara yang semakin renggang akhir-akhir ini.

Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin, info, terkini, hiburab, sensasi, gosip, fazura, sara ali

Lantas, tindakan Fazura tidak dipersetujui sesetengah pihak yang beranggapan aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu tidak sepatutnya mendedahkan isu tersebut yang selama ini tidak diketahui umum.

Bagaimanapun Fazura yang dihubungi akhbar Harian Metro berkata, dia perlu jujur menjawab setiap topik dikemukakan dalam program itu.

Tambahnya, dia cuma mengakui hubungannya dengan Sara telah renggang.

Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin, info, terkini, hiburab, sensasi, gosip, fazura, sara ali

Fazura berkata dia pernah berhubung dengan bekas teman baiknya itu sekitar November lalu, malahan mereka berjanji untuk bertemu selepas Sara pulang dari menjalani penggambaran di Bosnia Herzegovena.

“Dalam perbualan itu, kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain.

“Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang. Bahkan terdengar pula cerita baru kononnya saya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia mengaku buat salah dengan saya,” katanya.

Harap-harap, tak ada lah ‘drama’ sensasi dan kontroversi seperti yang selalu dilihat dalam Keeping Up With The Kardashians, ya!

Biasalah, nama saja program realiti, namun realiti sesetengahnya, sudah tertulis dalam skrip.



Baca : Punca Erul (AF9) Kurang Menonjol 

Sumber : mynewshub.cc

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →