Tuesday, December 30, 2014

Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan

Dalam muat naik entri di laman sosial Facebook peribadinya semalam, pengarah drama yang juga pemilik syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd, Jinggo mendakwa bapa kepada bintang cilik, Puteri Balqis sudah mula berlagak ‘diva’.


Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi Puteri Balqis,
Ujarnya suami kepada Sheila Rusly itu, individu tersebut iaitu Azizi Aziz bertindak mengeluarkan kata-kata kasar terhadap wakil syarikatnya ketika wakil tersebut menghantar pesanan bagi memaklumkan bahawa JS Pictures membatalkan kontrak bersama pelakon tersebut.

Namun hari ini, isteri kepada Azizi Aziz yang juga ibu kepada Puteri Balqis tampil menjawab tuduhan tersebut. Menurut Norashikin Mohd Aziz, dia kecewa dengan dakwaan tersebut yang berniat untuk menjatuhkan reputasi anaknya sebagai pelakon.

Artikel Terdahulu :  

Malah, dia juga mendakwa syarikat tersebut tidak profesional dan bertindak mempermain-mainkan mereka apabila membatalkan kontrak pada saat-saat akhir.

Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi Puteri Balqis,

Uujarnya kepada portal MStar, “Apa yang ditulis dalam laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA2014).

Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka. tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.”

Cerita Norashikin lagi, pada mulanya, syarikat produksi tersebut telah merayu agar Puteri Balqis dapat berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur untuk tayangan di slot Akasia TV3 sebanyak enam episod.

Namun, akibat jadual yang padat termasuk penggambaran bersama pengarah Micheal Ang, Norashikin terpaksa menolak lamaran tersebut.

“Namun pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut.

Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis.”

Namun demikian, ketika pertemuan bagi menandatangani skrip dan menyerahkan deposit lakonan, pihak produksi menghantar mesej tentang pembatalan kontrak tersebut, walhal Balqis telahpun menghafal skrip.

“Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beriya-iya untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang untuk bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.”

Ujarnya, ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama dengan JS Pictures walaupun telah diberi peringatan oleh individu lain agar tidak terlibat dengan syarikat tersebut kerana bermasalah.

Baca : Kontrak Pengacara Melodi DiTamatkan 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →