Thursday, December 4, 2014

James Bond Kini Kembali Dengan Siri Ke-24

Ia sekali lagi akan diarahkan oleh Sam Mendes dengan Daniel Craig kembali sebagai 007 manakala Ralph Fiennes akan memegang watak 'M' iaitu ketua Military Intelligence 5 (MI5) Kerajaan Britain.


James Bond Kini Kembali Dengan Siri Ke-24, info, terkini, hiburan, filem Hollywood, Aston Martin, James Bond 007, sensasi,
Penerbit filem James Bond 007 pada Khamis mengesahkan yang pengambaran siri ke-24 filem perisikan paling popular di dunia itu akan bermula Isnin depan.

Untuk filem terbaru Bond dengan tajuk “Spectre” itu, Mendes turut memperkenalkan aktres dari Perancis, Lea Seydoux dan bintang Itali, Monica Bellucci selaku pelakon utama.

Pengambaran filem itu akan dilakukan di Mexico City, Rom dan Tangier.

Bond akan memandu model baru Aston Martin, yang turut dipertontonkan kepada para wartawan oleh Mendes dalam sidang akhbar khas itu.

“Kami akan memulakan pengambaran Isnin depan,” kata Mendes.

James Bond 007 adalah cerita fiksyen ciptaan penulis novel Ian Fleming yang beliau sendiri merupakan bekas komander Angkatan Laut Britain ketika Perang Dunia Kedua dahulu dan ramai yang mempercayai watak itu sebahagian besarnya adalah gambaran perwatakannya yang sebenar.

Watak Bond yang pertama dilakonkan oleh pelakon Scotland, Sean Connery menerusi filem 'Dr No' pada tahun 1962.

Baca : Julia Perez kantoi tak berbaju ketika memandu  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →