Tuesday, December 16, 2014

Jihan Muse Dilantik Duta Produk Kecantikan?

Sejak bergerak di bawah syarikat pengurusan pilihannya sendiri, rezeki pelakon komedi dan kini semakin ligat sebagai pengacara TV, Jihan Muse nampaknya agak memberangsangkan.

Dengar-dengar, tidak lama lagi Jihan Muse akan tampil dengan sebuah TV program yang dijangka bakal mendapat jumlah rating yang ramai.


Jihan Muse Dilantik Duta Produk Kecantikan?, info, terkini, hiburan, sensasi, Pelawak dan pengacara, Jihan Muse,

Bukan itu saja, malah dia juga akan digandingkan dengan seorang lagi pengacara TV popular yang jauh lebih senior dan jauh lebih hebat daripadanya.

Tapi apa yang lebih berbangga, apabila dia telahpun dilantik sebagai duta untuk sebuah jenama produk makanan kesihatan yang dikatakan dapat memberikan kecantikan dalaman serta menaikkan seri aura kepada penggunanya.

Amboi! Boleh tahan juga si Jihan Muse ini. Dalam pada sibuk berlawak jenaka, ada juga pihak yang nampak kecantikan semulajadi Jihan Muse sehingga berminat mengambilnya sebagai duta.Itu sudah kira bagus.

Maksudnya, Jihan Muse akan kelihatan lebih cantik dan meletoplah selepas ini. Pastinya akan lebih banyak stesen TV atau produser yang ingin memgambilnya mengacara atau berlakon.

Jadi kepada pelakon-pelakon wanita di luar sana. Awas jangan nak kekwat berangan diva! Jangan pandang Jihan Muse sebelah mata kerana silap haribulan habislah peluang anda semua.

Maaf ya, sekadar bergurau sahaja.

Apapun diucapkan selamat maju jaya kepada Jihan Muse dan semoga rezekinya akan bertambah dan kecantikan dalamannya akan memberikan persona tak terkira bukan sahaja di dalam kaca TV, tetapi juga apabila bersua muka.


Baca : Awie Tinggalkan Majlis Tahlil Ibu Demi Takhta 3 Ratu 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →