Wednesday, December 17, 2014

Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati

Kemerduan suara Anuar Zain, mampu membelai banyak jiwa terutama para wanita. Tak hairanlah salah seorang blogger yang bertarung nyawa dengan kesakitan akibat kanser, turut menjadikan lagu Anuar antara terapinya.


Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati, info, terkini, hiburan, sensasi, anuar zain

Bagaimana pun sudah tersurat, ajal blogger terkenal tersebut iaitu Dalilah Tamrin atau lebih dikenali sebagai Raden Galoh, tidak lama apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada penghujung 2010.

Begitu pun allahyarham sempat meninggalkan hajat agar Anuar sudi menyanyikan lagu ciptaannya.

Kembali PadaMu Ilahi, lagu dimaksudkan ini antara track terbaru yang bakal dipersembahkan Anuar khas untuk peminatnya di Singapura, 7 Februari depan.
“Lagu ini memperkatakan tentang pertarungan melawan kesakitan namun membawa mesej positif pasti ada sinar di hujung derita.

“Harapan saya, lagu ini memberi semangat kepada keluarga arwah dan sesiapa sahaja yang sedang menderita – tak kiralah disebabkan sakit sepertinya, patah hati mahu pun disebabkan masalah peribadi,” ujar Anwar kepada sebuah akhbar Singapura ketika ditemu bual, pada Isnin.

Wah, nampaknya beruntunglah peminat Anuar di Singapura kerana bakal dihiburkan lelaki popular ini.

Tapi kami percaya, pasti ada peminat Anuar yang sanggup menyeberang tambak semata-mata mahu turut sama menyaksikan persembahannya kelak.

Maklumlah dalam ramai-ramai penyanyi lelaki tempatan, rasanya setakat ini belum ada yang dapat menyaingi kegilaan peminat terhadap penyanyi idola mereka seperti Anuar Zain!


Baca : 4 Senarai Perkahwinan Selebriti Yang Cecah Jutaan Ringgit  

Sumber: mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →