Thursday, December 18, 2014

Komik Kampung Boy Raih Anugerah Di Jepun

Komik 'Kampung Boy' terjemahan bahasa Jepun meraih tempat kedua Anugerah Gaiman Jepun bagi kategori komik luar negara.

Menurut satu kenyataan, karya Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali 'Lat' itu mendahului 14 penyertaan komik lain dari beberapa negara seperti United Kingdom, Sepanyol, China dan Korea Selatan.


Komik Kampung Boy Raih Anugerah Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, kartun Kampung Boy,

Menurut keputusan yang diumumkan pada Sabtu melalui laman sesawang www.gaiman.jp, karya dari Amerika Syarikat, 'Hawkeye: My Life as a Weapon' telah meraih tempat pertama, manakala tempat ketiga dimenangi oleh komik berjudul 'Jolies Tenebres' dari Perancis.

"Rata-rata pembaca luar negara gemar membaca 'Kampung Boy' dan memilih buku itu kerana ia jelas menggambarkan budaya, keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia dari kaca mata kanak-kanak lelaki. Lakaran watak sebenar dengan suasana kampung menjadikan karya ini lebih dekat dengan pembaca dan mudah untuk difahami," kata kenyataan itu.

Kampung Boy versi bahasa Jepun itu adalah hasil terjemahan semula pensyarah Bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue, yang disunting oleh Prof Madya Soda Naoki dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).

Ia diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Tokyo University of Foreign Studies Press.

Karya yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo pada Julai lalu itu turut dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk Pengajian Asia Tenggara di TUFS atas keunikannya.

Karya Lat sebelum ini telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam 12 bahasa dunia termasuk bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman, Indonesia dan Korea.

Baca : Punca Oh My English : Villa Isabellaaa Ditapis 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →