Friday, December 26, 2014

Mahu Isu Tamat, Fazura Titip Doa Agar Sara Ali Terus Berjaya

c


Mahu Isu Tamat, Fazura Titip Doa Agar Sara Ali Terus Berjaya, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, fazura, sara ali,

Menerusi pesanan di aplikasi Whatsapp, pelakon yang kini sedang bercuti di Bangkok itu berkata, dia terkejut dengan kenyataan Sara Ali yang diterbitkan sebuah akhbar tempatan pada Khamis, namun enggan lagi memanjangkan isu tersebut.

“Saya ambil maklum serta meneliti maksud yang cuba disampaikan menerusi kenyataan Sara kepada media khususnya yang bertarikh semalam, 25 Disember. Apa yang boleh saya cadangkan agar Sara menonton sendiri episod tersebut.”

Ulas Fazura lagi, andai Sara tidak menonton dan memahami tema penceritaan dalam episod kedua program realitinya, Facing Up To Fazura yang berkisar tentang persahabatan, pelakon Maaf Jika Aku Tak Sempurna itu sukar untuk menerima tujuan sebenar episod berkenaan ditampilkan sedemikian rupa.

“Saya tiada niat tidak baik terhadap Sara dan agak keliru dengan dakwaan yang dikemukakannya dalam media. Oleh itu saya sekali lagi menyarankan Sara untuk menonton FUTF.

Akhir sekali, saya ingin mendoakan agar Sara Ali akan terus berjaya.”

Saat-saat Fazura dan Sara Ali tengah fren gila-gila…




Baca : Shikin Maembong sah hamil dua minggu 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →