Thursday, December 4, 2014

Mon Ryanti Terima Berita Kehamilan Dalam Kesedihan

Pelakon dan penyampai radio Ultra.fm, Mon Ryanti akui terpaksa menerima berita kehamilannya yang baru berusia 2 minggu bersulam dengan rasa kesedihan apabila dalam waktu yang sama menerima berita pemergian neneknya yang kembali ke rahmatullah kemarin.


Mon Ryanti Terima Berita Kehamilan Dalam Kesedihan, info, terkini, hiburan, sensasi, mon riyanti,

“Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu.  Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

“Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

“Namun tak sangka pula kegembiraan itu kini terpaksa kami lupakan sebentar setelah menerima berita kehilangan nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah kemarin.

“Nenek baru sahaja kembali ke rahmatullah pada Selasa lalu dan saya bersyukur kerana sempat bersama arwah di jam jam sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Pun begitu kehilangannya amat terasa kerana saya cucu yang paling rapat dengannya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Nenek Mon iaitu Mar Abdul yang berusia 78 tahun telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.40 pagi pada 2 Disember lalu dan arwah dikebumikan di tanah perkuburan di Johor Bahru.

Bercakap mengenai keadaanya kini, Mon memberitahu dia kini sedang mengalami alahan yang sangat teruk sehingga sukar untuk menjalankan tugasnya sebagai penyampai radio di Ultra.fm.

“Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

“Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya.

“Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini,” luahnya lagi.

Mon bernikah dengan suaminya, Mohd Hasrul Hadi pada 13 September lalu di Sangkar Kristal, Johor Bahru.

Baca : Madonna Cetus Kontroversi Tayang Payudara Dalam Majalah 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →