Saturday, December 20, 2014

Punca Angelina Jolie Culik Dan Ugut Vokalis Coldplay

Vokalis Coldplay, Chris Martin berkata bahawa dia telah diculik Angelina Jolie dan suaminya, Brad Pitt hanya semata-mata kerana mahu dia membuat lagu dalam filem baru mereka berjudul Unbroken.


Punca Angelina Jolie Culik Dan Ugut Vokalis Coldplay, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, Angelina Jolie, Coldplay, Chris Martin

Chris Martin, 37, yang juga bekas suami kepada aktres Gwyneth Paltrow juga memberitahu bahawa dia telah diminta oleh Anglina Jolie supaya datang ke sebuah tempat serta akan diculik seramai 7 bekas ahli Navy-SEALS.

"Jadi, mereka pun menculik saya, memukul kepala saya dan menyembur muka saya dengan batang. Bila saya tersedar, saya telah berada di sebuah pejabat.

"Brad ketika itu sedang melakukan latihan push-ups, manakala Angelina Jolie pula sedang duduk dengan memakai mahkota di kepalanya.

"Seorang lelaki pula telah meletakkan pisau di leher saya dan kemudian Angelina Jolia: Buatkan lagu untuk saya, jika tidak...Brad Pitt kemudian menambah: Yeah..lakukan seperti apa yang dia suruh... Kami kemudian bersama-sama membuat lagu," kata Chris Martin.

Chris Martin yang baru saja putus cinta dengan aktres Jennifer Lawrence bagaimanapun memberitahu bahawa dia seronok bekerja dengan pasangan selebriti tersebut.

Unbroken adalah sebuah filem yang berkisar mengenai kehidupan oleh mangsa-mangsa yang terselamat daripada perang duania kedua serta atlit Olimpik, Louis Zamperini. Filem ini diarahkan Angelina Jolie, 39, dan ia akan ditayangkan di pawagam pada 25 Disember ini.

Baca : Rihanna dilantik sebagai pengarah kreatif Puma 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →