Pelakon dan penyanyi, Misha Omar akui terpaksa menangguhkan percutian bulan madunya bersama suami, Firos Ezzwan Rossly yang sepatutnya dirancang akan berlaku pada Ferbuari tahun hadapan.
Misah Omar berkata penangguhan itu terpaksa dibuat kerana komitmennya terhadap pementasan teater Diari Wanita…Episod Kak Ani & Nyonya.
“Sebenarnya selepas kahwin kami tidak sempat lagi berbulan madu disebabkan komitmen kerja masing-masing. Jadi kami pun plan hendak bercuti pada Februari tahun hadapan memandangkan masa itu rasanya masa kami masing-masing agak terluang.
“Tak sangka pula tiba-tiba dapat tawaran untuk berlakon teater Februari depan baru-baru ini. Bila difikirkan kembali tentang tawaran itu dan setelah berbincang dengan suami saya pun korbankan perancangan untuk bercuti itu demi tawaran kerja ini.
“Jadi nampaknya kami terpaskalah menangguhkan percutian bulan madu kami. Pun begitu suami tetap menyokong saya dan dia pun galakkan saya untuk terima tawaran berlakon ini kerana saya bukan bekerja tetap dan peluang itu sukar dijangka,” katanya kepada murai.com.my
Misha ditemui selepas sidang media pementasan teater tersbeut yang diadakan di Istana Budaya, semalam.
Pelatun lagu Pulanglah itu telah bernikah pada 2 Mei lalu dengan pasangannya yang merupakan seorang juruterang.
Mengulas mengenai teater tersebut, ianya merupakan kali ketiga penglibatan Misha dengan pementasan Nyonya. Meskipun masih memegang watak sama iaitu sebagai Keponakan Cantik, Misha memberitahu dia tetap berdepan cabaran menjiwai watak tersebut.
“Cabarannya dari segi saya perlu mewarnakan lagi karakter saya. Sebab mungkin penonton yang datang dalam kalangan mereka yang sudah pernah menonton teater Nyonya, jadi saya harus berikan sesuatu berbeza daripada pementasan sebelum ini.
“Selain itu, saya teruja apabila digandingkan dengan pelakon seperti Juhara Ayob kerana saya meminatinya. Saya suka pembawakan dia setiap kali di pentas teater. Apabila mendapat satu pentas dengan pelakon hebat sepertinya, terasa diri kecil dan gementar tetapi pada masa masa saya teruja,” luahnya lagi.
Naskah teater Nyonya terbitan CTRA Production sebelum ini pernah dipentaskan sebanyak enam kali. Diarahkan Rosminah Mohd Tahir, ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan pesonafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir. Teater ini juga bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak yang menggunakan dialog berjenaka.
Menariknya, untuk pementasan kali ketujuh ini turut mengangkat kisah kehidupan Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sejak zaman kecil hingga berjaya menjadi seorang menteri.
Selain Misha, teater ini turut dijayakan Sherry Alhadad, Amy Mastura, Nad Zainal, Sharul Mizad, Liza Othman dan Dayang Kartini. Ia akan dipentaskan pada 11 sehingga 16 Februari 2015 di Istana Budaya.
Baca : Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh

Sumber : murai.com.my